Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Kali Ni Fattah Berterus Terang Dengan Seterang Terangnya, Takda Berselindung Dah Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nurulsyaheraa yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 216 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 522 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Fattah Amin yang memberi Pickup Line kepada AMira Othman sehingga membuatkannya tergamam.
“Apa beza motor dengan Amira”-Tanya Fattah Amin
“Bezanya, Amira saya boleh kahwin, motor tak boleh kahwin”-Jawab Fattah Amin
@nurulsyaheraa Alamak ter blushing laaa dengan fattmira ni.. sweet jugak bang tah ni .😁 doa yang baik2 😍 #rissaskinhq #rissaskinviral #rissaskin #rissaskinxfattahamin #whiteningcream #fyp #fattmira
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Fattah Amin semakin berani untuk meluahkan perasaannya itu walaupun hanya konten semata-mata.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.