Nur Zahirah Macwilson binti Zainol Macwilson atau lebih dikenali dengan nama Zahirah Macwilson, merupakan seorang pelakon dan model dari Malaysia. Zahirah menjayakan beberapa drama televisyen yang melonjakkan namanya diperingkat yang lebih tinggi.
Zahirah kemudian berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia iaitu Aiman Hakim Ridza selepas sama-sama digandingkan bagi membintangi satu drama yang membuatkan hubungan mereka semakin akrab. Selepas setahun mereka mendirikan rumah tangga, kemudian mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Isaac Raees dan Inara Raisa.
“Macam Tak Percaya Dah Ada Anak 2 Orang Tapi Kekal Cantik Macam Ni”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Zahirah Macwilson yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta. tanda suka sebanyak 81 ribu dan sebanyak 447 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zahirah Macwilson yang memberitahu bahawa dia bakal pergi temujanji bersama seorang jejaka idamannya iaitu suaminya sendiri.
@zahirahmacwilson_ Better not be catfished
@zahirahmacwilson_ The highly anticipated outcome of my date lastnight.. We did it guys.. lastnight we got sealed the deal, got married & had 2 kids 🤓🥰
Rata-rata netizen teruja meliha video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasangan selebriti ini sangat serasi bersama. Tambah mereka lagi, walaupun telah mempunyai anak dua orang namun mereka tetap romantik seperti pasangan kekasih yang baru berkahwin.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.