Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Comelnya, Afwa Excited Betul Nampak Cicak Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tya Arifin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 15 ribu, tanda suka sebanyak 500 dan sebanyak 15 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang teruja apabila menemui cicak di dinding rumahnya itu sehingga suasana menjadi riuh rendah.
@tyaarifinofficial Alahai adik bongsu sorang ni Hahaha Random betul la dia ni😅🤣 . @Siti Nurhaliza tengok lah ni🤭 . #fyp #sitinurhaliza #tyaarifin
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa anak-anak mereka juga seperti Afwa kerana sangat teruja dan riuh apabila ternampak cicak di rumah.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.