Kisah cinta antara Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt adalah kisah dongeng Bollywood. Walaupun mereka secara rasminya mula menjalinkan hubungan pada 2017, tetapi sebenarnya hubungan mereka telah bermula lebih awal.
Ranbir menjelaskan bagaimana dia telah jatuh cinta pandang pertama dalam dua temu bual yang berasingan. Dan salah seorang pengguna Instagram telah berkongsi klip video tersebut.
Dalam temu bual dengan Nikhil Kamath, Ranbir mendedahkan dia pertama kali bertemu Alia semasa penggambaran filem ‘Balika Vadhu’ arahan Sanjay Leela Bhansali. Filem itu mengisahkan perkahwinan kanak-kanak, di mana penggambaran berlaku ketika Ranbir berusia 20 tahun dan Alia pula 9 tahun.
Pengguna Instagram itu berkongsi klip video pendek menunjukkan Ranbir telah jatuh cinta dengan Alia yang berusia 9 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warganet telah menuduh Ranbir sebagai pedofil kerana jatuh cinta dengan Alia Bhatt ketika dia baru berusia 9 tahun.
“Saya rasa dia mengambil bahagian “perkahwinan kanak-kanak” terlalu serius “- @l7vesh1x
“Beginilah rupa Drake dan Diddy”- @_arya_.45
“Bro cinta pandang pertama dengan umur 9 tahun”- @sriparvathy_u_j
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.