Kajol dan Shah Rukh Khan (SRK) sudah semestinya salah satu pasangan terbaik di skrin Bollywood dan Murai yakin ramai peminat di luar sana dalam diam ‘mendoakan’ mereka ini menjadi pasangan di luar skrin juga. Tetapi itu tidak mungkin akan berlaku kerana SRK sudah pun berkahwin dan mereka berdua pula adalah kawan baik.
Semasa sesi “Ask Me Anything” di Instagram, Kajol telah menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan rakan pelakonnya, SRK. Antaranya soalan berkaitan dengan pilihannya mengenai pasangan, jika dia diberi peluang untuk memilih SRK atau Ajay Devgn sebagai suaminya.
Nak tahu jawapannya?
Ditanya oleh peminat sama ada dia akan berkahwin dengan SRK jika tidak bertemu dengan suaminya, Ajay, Kajol dengan lucunya menjawab lelaki yang sepatutnya melamar wanita dan bukan sebaliknya. Respons peliknya telah menjadi tular di internet.
Manakala sesetengahnya pula meminta Kajol untuk menerangkan apakah ikatannya dengan SRK dan dia menyifatkan mereka sebagai “kawan seumur hidup”.

Seterusnya dia ditanya mengenai siapa pelakon pilihannya di antara SRK dan suaminya, Kajol menjawab ia bergantung kepada keadaannya.

Dalam sesi ini juga Kajol mendedahkan dia telah berkahwin dengan cinta pertamanya iaitu Ajay Devgn.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.