Mengimbau kembali, Alia Bhatt mengatakan suaminya iaitu Ranbir Kapoor mula menunjukkan perubahan sikapnya sejak mereka dikurniakan seorang anak, Raha Kapoor, pada November 2022 lalu.
Aktres popular itu mengungkapkan sifat Ranbir pada awalnya adalah seorang lelaki yang setia, sensitif dan menyokong. Tetapi sejak kelahiran Raha, dia mula menunjukkan perubahan yang ketara.
Dalam temu bual bersama Vogue India, Alia mengatakan Ranbir menjadi semakin sensitif dan menunjukkan sikap seorang ayah yang sangat baik.
“Dia sangat menyayangi Raha. Sangat kelakar bila melihat mereka berdua bersama kerana dia (Ranbir) perlu membesarkan ototnya untuk filem ‘Animal’. Apabila dia dukung Raha, nampak seperti gergasi yang mendukung anak anjing kecil.”
Ranbir juga dikatakan sangat melindungi Raha dan Alia sehinggakan aktres itu mendakwa sangat susah untuknya untuk bergilir-gilir mendukung Raha kerana Ranbir tidak membenarkannya.
Alia juga berkata, suaminya mempunyai ketakutan tersendiri iaitu takut Raha akan melupakannya. Ini kerana Ranbir kerap kali terpaksa bekerja di luar kota untuk menjalani penggambaran.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.