Dalam diam, siapa sangka pelakon dengan bayaran tertinggi dan memiliki rupa paras yang kacak, Akshay Kumar rupanya pernah terasa hati dengan aktres Rani Mukerji.
Insiden yang menyedihkan ini rupanya berlaku di awal kerjaya Akshay sekitar tahun 80-an dan 90-an. Akshay mengakui ketika pertama kali membuat debut lakonan, perjalanannya tidak seperti pelakon lain.
Dia menyatakan betapa sedihnya apabila diusik dan digelar ‘kayu’ oleh pelakon yang lebih senior ketika itu.
“Dulu saya dipanggil sebagai ‘kayu’. Saya tahan walaupun ianya agak menyedihkan. Saya perlu berjuang dan saya fikir semua orang boleh menjadi seperti saya. Jika saya boleh lakukannya, bermakna orang lain juga boleh.”
Walaupun ramai yang terpikat dengan kekacakan Akshay, dia akui masih dipandang serong oleh beberapa pelakon Bollywood. Salah seorangnya ialah Rani Mukerji.
Ini kerana Rani selalu menolak tawaran membintangi filem bersama Akshay. Bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali sehingga ia membuatkan dia berasa sakit hati. Baginya, Rani memandang rendah padanya, jadi sebab itulah dia akan menolak apabila ditawar bergandingan dengan Akshay.
Sejak daripada itu, nama Akshay semakin melonjak naik dan dia ditawarkan untuk berlakon bersama Rani. Disebabkan sakit hatinya, dia menolak tawaran tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.