Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz.
“Kami Pun Rasa Syed Saddiq Dengan Bella Astillah Ni Sesuai, Semoga Berjodohan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @thehazzzzzzzs yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 64 ribu dan sebanyak 1,228 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan abang kepada Syed Saddiq memberitahu bahawa hubungan adiknya itu bersama Bella Astillah sangat sesuai. Tambahnya lagi, jarang dia melihat adiknya happy, namun apabila beliau bersama Bella Astillah kelihatan sangat bahagianya itu.
@thehazzzzzzzs
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga setuju jika Syed Saddiq dan Bella Astilah mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan kerana mereka kelihatan serasi sebagai pasangan kekasih.
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.