Walaupun dunia sudah berubah dan semakin moden, bagi sesetengah orang, kehidupan seks masih lagi dianggap tabu untuk dikongsi ramai. Tetapi tidak pada aktor Bollywood ini.
Tanpa segan silu, aktor-aktor kacak ini berani mendedahkan kehidupan seks mereka menerusi temu bual dan juga rancangan bual bicara. Nak tahu siapa mereka?
1. Ranbir Kapoor
Dilabel sebagai “playboy”, suami Alia Bhatt ini telah bertemu dengan ramai aktres Bollywood yang terkenal termasuklah Deepika Padukone hingga Katrina Kaif.

Dalam sebuah temu bual, Ranbir membuat pengakuan dia mula menjalinkan hubungan cinta pada usia 12 tahun dan pertama kali “kehilangan dara” pada usia 15 tahun.

Ranbir juga diketahui kerap menukar teman wanita dan tidak terlepas daripada kontroversi curang. Salah satu khabar angin mengenainya adalah Deepika berpisah dengannya kerana menangkap Ranbir curang. Beberapa tahun kemudian, Ranbir mengakui dakwaan hubungan sulit itu.’
2. Ranveer Singh
Sentiasa bercerita tentang sesuatu yang mengejutkan dan unik, aktor Ranveer Singh mengaku “kehilangan dara” pada usia 12 tahun. Bukan itu sahaja, dia juga tidak teragak-agak untuk mengaku dirinya sebagai “gila seks”.

“Ya saya begitu gila seks, sekurang-kurangnya sehingga saya berumur 26 tahun.”
Suami Deepika Padukone ini juga mengakui dia akan sentiasa membawa stok kondom bersamanya.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.