Pelakon Korea Selatan dan bekas ahli kumpulan SF9, Rowoon baru-baru ini telah menjadi topik perbualan hangat kerana penampilan terbarunya di karpet merah Oscar 2025.
Tampil kacak dalam sut AMIRI Spring 2025, Rowoon mengenakan jaket berkilauan yang dipadankan dengan keronsang Apollo Jean Schlumberger by Tiffany & Co.

Walaupun penampilannya berjaya mencuri perhatian ramai, namun lain pula warganet dan peminat perhatikan padanya. Di platform Reddit, tular siaran yang mengatakan wajah Rowoon seakan-akan sama seperti Kris Jenner.

“Adakah orang lain teringatkan Kris Jenner apabila mereka melihat Rowoon? Adakah saya gila memikirkan ada persamaan? Saya rasa bentuk muka, pipi, hidung dan bibirnya sangat mirip dengannya. Saya melihat glambotnya dari Oscar dan terpaksa bertanya sama ada orang lain melihatnya.”
@e_entertainment an extraordinary glambot 🫶#rowoon #livefrome #oscars #awardseason
Siaran tersebut mendapat perhatian meluas dan apabila menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang memberikan respons yang agak melucukan terhadap perbandingan itu.

“Saya nampak OMG. Tidak boleh melupakannya sekarang”, komen @xailor.
“Kenapa awak buat dia begini. Macam mana saya nak unsee ni”, komen @Muted_Bodybuilder109.
“Adakah mungkin mereka telah berkongsi pakar bedah plastik?”, komen @WINTERSONG1111.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah warganet pula menyuarakan kebimbangan mereka mengenai perubahan penampilan Rowoon, apabila dia didakwa telah melakukan pembedahan plastik.
Apa pendapat kamu? Sama tak seperti Kris Jenner?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.