Aktor Hrithik Roshan sering dipuji kerana tubuh badannya yang cergas dan gerakan tarian yang pantas. Tetapi adakah kamu tahu bahawa aktor ini pernah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia tidak akan dapat menari atau membina badan suatu ketika dahulu?
Pendedahan ini dibuat oleh bapa Hrithik iaitu Rakesh Roshan. Menerusi temu bual dengan wartawan, Rakesh memberitahu bahawa Hrithik menghidapi masalah tulang belakang.

Disebabkan oleh masalah itu, doktor telah mengisytiharkan bahawa aktor itu tidak akan dapat menari seperti orang lain.
“Dia (Hrithik) sangat kurus dan kurus, doktor memberitahu kami bahawa dia tidak boleh menari atau bina badan kerana masalah yang wujud dalam saraf tunjangnya.” ‘

Tidak menjadikan masalah itu sebagai penghalang, Hrithik mencabar dirinya untuk menjadi ‘orang baharu’. Dia mula bersenam dengan menggunakan buku, dan perlahan-lahan tukar kepada dumbbell.
“Sebelum keluar ‘Kaho Naa Pyaar Hai’, doktor saya telah memberitahu keadaan kesihatan tidak begitu baik. Saya mengambil diagnosis ini sebagai cabaran dan mula beri tumpuan kepada kesihatan dan kecergasan. Ia adalah satu keajaiban, saya boleh menarik dan lakukan aksi. Saya rasa diri saya berusia 21 tahun akan bangga dengan diri sekarang.”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.