Sekiranya kamu tidak tahu, Emraan Hashmi iaitu sepupu Alia Bhatt adalah pelakon yang popular dengan watak-watak romantik dalam filem Bollywood.
Terkenal dengan sifat petah bercakap, beberapa tahun yang lalu Emraan telah mengejutkan orang ramai dengan pengakuannya. Muncul dalam temu bual bersama Karan Johar, Emraan mendedahkan dia telah memainkan peranan penting dalam pengakhiran hubungan Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif dan juga Deepika Padukone.
Nak tahu ceritanya?

Semasa rancangan temu bual ‘Koffee With Karan’ Musim Ke-4, Karan telah bertanya kepada Emraan apakah nasihat yang dia mahu berikan kepada Ranbir, Katrina dan Deepika.
Menjawab soalan Karan, Emraan meminta Ranbir untuk memainkan sterotaip “pencinta wanita” atau “ladies’ man” kerana pihak akhbar menginginkan lebih daripada dia.
Seterusnya dia juga memberikan nasihat kepada Katrina dan Deepika untuk ‘membuang’ Ranbir daripada hidup mereka.
Pada awalnya, Ranbir menjalinkan hubungan dengan Deepika sebelum mereka berpisah kerana dia mempunyai hubungan sulit. Kemudian, Ranbir menjalinkan hubungan dengan Katrina dan berpisah selepas filem mereka, ‘Jagga Jasoos’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.