Walaupun sering berkongsi skrin sebagai pasangan romantik sebelum ini, khas untuk filem ‘Veer Zaara’, Rani Mukerji dan Shah Rukh Khan (SRK) telah bereksperimen dengan memegang watak yang agak berlainan dan unik.
Dikeluarkan pada tahun 2004, filem hit box office ini menampilkan watak seorang pegawai Tentera Udara India, lakonan SRK, yang dipenjarakan atas tuduhan palsu dan kesnya telah dibantu oleh seorang peguam muda Pakistan yang dilakonkan oleh Rani.

Semasa kemunculan promosi untuk filem ‘Bunty Aur Babli 2’ di rancangan komedi Kapil Sharma, Rani telah mendedahkan beberapa insiden menarik dari set penggambaran ‘Veer Zaara’.
Salah satunya adalah, dia telah dimarahi oleh pengarah Yash Chopra semasa penggambaran. Akuinya, dia menghadapi cabaran yang tidak dijangka semasa menjalani penggambaran kerana jurang usia yang agak ketara antara wataknya dan SRK.

Walaupun terpaksa melepaskan pengalaman watak romantiknya dengan SRK, Rani mendedahkan dia tidak dapat fokus sepanjang penggambaran berlangsung. Apabila melihat aktor itu berambut putih, Rani mendapati dirinya tidak dapat menahan ketawa, manakala SRK pula berasa terhibur melihat lakonannya.
Akhirnya, Yash yang tidak tahan dengan perangai mereka, memarahi dan meminta untuk bersikap profesional sepanjang filem itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.