Tak dinafikan selebriti Bollywood mempunyai jumlah peminat yang ramai di seluruh dunia. Dan ada sesetengahnya pula bertindak melampau untuk membuktikan rasa ‘cinta’ kepada selebriti kegemaran mereka.
Daripada hantar surat cinta, berdiri di luar rumah, tatu nama dan wajah di badan sehinggalah menceroboh kediaman, berikut Murai senaraikan lima kisah peminat selebriti Bollywood yang telah bertukar menjadi stalker tegar yang sangat menakutkan!
Nak tahu perkara ‘gila’ apa yang mereka melakukan?
1. Katrina Kaif
Pada 2010, seorang individu berusia 20-an telah mengikuti Katrina Kaif selama hampir setahun. Individu itu pernah menceroboh rumahnya dengan memberitahu kakitangan bahawa dia telah dijemput secara peribadi ke majlis Katrina.

Apabila dia memasuki majlis itu, dia cuba mendekati Katrina. Menyedari kehadiran individu tersebut, Katrina memberitahu bahawa individu tersebut telah mengintainya dan sudah pun diberi amaran oleh polis tetapi tidak diendahkannya.
2. Sushmita Sen

Pada tahun 2008, Sushmita Sen menerima hadiah mahal daripada peminat tanpa nama. Perkara itu menjadi tidak terkawal selepas dia menerima sepasang gaun pengantin dan aksesori. Sejak daripada itu, dia menerima pelbagai ugutan daripada peminat itu termasuklah ugutan bunuh jika dia tidak mengahwininya. Sushmita akhirnya memfailkan aduan polis terhadap individu itu.
3. Hrithik Roshan
Seorang gadis Rusia yang bernama Anna telah mula mengintai di sekitar rumah Hrithik Roshan dengan lebih kerap pada tahun 2013. Dia dilaporkan cuba memasuki pejabat Hrithik yang terletak di Andheri, Mumbai.

Menurut sumber terdekat, Anna cuba memasuki pejabat Hrithik sebanyak dua kali dan menjadi agresif apabila kemasukannya ditolak. Pelakon itu pula terpaksa membuat aduan polis terhadap Anna.
4. Shahid Kapoor
Aduan telah difailkan oleh Shahid Kapoor terhadap anak perempuan pelakon lagenda Raaj Kumar iaitu Vastavikta Pandit pada tahun 2012. Aduan tersebut dibuat selepas Vastavikta telah berpindah di kejiranan rumahnya dan mengaku sebagai isteri Shahid.

“Selepas 9 bulan, Shahid membuat aduan polis. Vastavikta telah berpindah ke sebuah rumah di sebelah bangunannya, memperkenalkan diri sebagai isteri, menghalang laluan keretanya dan mengikutinya ke tempat penggambaran”, kongsi sumber terdekat Shahid.
5. Shah Rukh Khan

Seorang peminat tegar pernah memasuki rumah Shah Rukh Khan dan menyelam ke dalam kolam renang pelakon itu. Apa yang membuatkan ramai menjadi pelik, peminat itu tidak mahu berjumpa dengan pelakon itu tetapi hanya mahu mandi di air yang digunakan oleh Shah Rukh Khan.
Menakutkan dan agak ‘gila’ kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.