Pelakon dan juga abang tiri kepada Khushi Kapoor dan Jhanvi Kapoor iaitu Arjun Kapoor pernah bercakap terus terang mengenai hubungan cintanya dan juga seks.
Walaupun ianya kedengaran agak kasar dan memalukan, Arjun mendedahkan ianya adalah fakta dalam dunia realiti.
Semasa ditemu bual dalam rancangan Koffee With Karan, Karan Johar bertanya kepada Arjun apakah jawapannya jika diberi pilihan antara cinta dan seks. Jawab Arjun, dia lebih memilih seks berbanding percintaan.
“Seks lebih penting daripada cinta. Bagi saya, dan saya fikir kebanyakan lelaki, seks lebih penting. Itu adalah fakta dan fakta kadang-kadang agak menyakitkan.”
Kongsi Arjun lagi, secara realistiknya, lelaki akan cakap apa yang difikirkan tanpa melibatkan emosi. Kemudian Arjun juga menekankan apa yang membuatkan lelaki tertarik kepada wanita.
“Lelaki tertarik dahulu dengan penampilannya, daya tarikan seksualnya. Kebanyakan lelaki bercinta dan akhirnya untuk seks. Jika kami berani berterus terang.”
Arjun juga mengakui dia akan menjadi lebih terangsang apabila wanita disukainya itu merupakan wanita yang sukar dikejar dan didapati.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.