Sekitar dua tahun lepas, rumah Shah Rukh Khan (SRK) telah diceroboh oleh dua orang peminatnya. Mereka yang dikenali sebagai Pathan Sahil Salim Khan dan Ram Saraf Kushwaha, yang berasal dari Bharuch, Gujarat, telah bersembunyi di dalam rumah selama hampir lapan jam sebelum ditangkap.
Pencerobohan itu didakwa berlaku kerana mereka mahu bertemu dengan SRK.

Dua orang peminat itu telah bersembunyi di dalam bilik solek yang terletak di tinkap tiga Mannat, banglo pelakon itu. Menyedari kejadian itu, SRK memberitahu dia terkejut apabila menyedari kehadiran mereka.

“Kedua-dua tertuduh menyelinap masuk ke banglo SRK untuk berjumpa dengannya dan terus menunggu pelakon itu di bilik soleknya kira-kira lapan jam. Mereka masuk pada pukul 3 pagi dan ditangkap pada jam 10.30 pagi keesokkan harinya”, kongsi polis.
Menurut Polis Mumbai ketika itu, penceroboh memasuki premis Mannat dengan hanya memanjat dinding luar rumah SRK.
Apa kata kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.