Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Suka Betul Main Baiki Baiki Ni, Comel Pulak Tu”-Netizen!
baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hansshahredza yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 36 ribu, tanda suka sebanyak 895 dan sebanyak 25 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang sedang bermain mainan peralatan membaiki yang seakan perkakas betul.
@hansshahredza Tukar kerjaya sekejap. 😍❤️😘 fyp fypシ SitiNurhaliza
♬ Bob the Builder – Can We Fix It? – Main Theme – Geek Music
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan jikalau pembaiki secomel Afwa pasti ramai yang akan menggunakan perkhidmatannya.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.