Penyanyi terkenal dan ikon muzik Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, sudah tidak asing lagi di hati rakyat Malaysia. Bintang lagu ‘Jerat Percintaan’ ini terus kekal relevan sehingga kini, dengan setiap lagu baharunya sentiasa mendapat sambutan penuh semangat!
Akhir-akhir ini, Tokti sering dilihat mengadakan siaran langsung di platform media sosialnya, khususnya Instagram dan TikTok, terutama ketika berada di dalam kereta. Selain itu, seiring anak-anaknya membesar, Tokti kerap meluangkan masa bersama mereka apabila tiada urusan kerja pada hari tersebut.
“Kalau Saya Buat Macam Ni Rasanya Terus Pengsan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @imsitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 45 ribu, tanda suka sebanyak 1,245 dan sebanyak 114 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Tokti yang sedang melakukan senaman untuk menjaga tenaga dan badan untuk konsertnya yang akan datang.
@imsitizoner
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti sangat kuat kerana mampu melakukan senaman seperti itu. Tambah mereka lagi, Tokti kelihatan semakin muda apabila berjaya menurunkan berat badannya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.