Di internet, ramai yang berdebat tentang sama ada anak perempuan Aishwarya Rai iaitu Aaradhya Bachchan lebih kelihatan sepertinya atau bapanya, Abhishek Bachchan.
Dan apabila tersebarnya gambar-gambar Aishwarya semasa kecil, ramai yang terkejut melihat persamaan yang boleh dilihat di antara mereka. Daripada bentuk mata yang serupa sehingga ke potongan rambut dan pose yang seakan sama, kini tiada siapa yang boleh ragu akan fakta bahawa Aaradhya adalah “kembar” Aishwarya.

Sebaik sahaja gambar kanak-kanak Aishwarya muncul, peminat dengan pantasnya mengatakan Aaradhya lebih mirip dan mewarisi kecantikannya.
“Saya tiba-tiba menyedari bahawa anak perempuannya mempunyai ciri-cirinya. Gambar kedua terakhir cukup menggambarkannya”, komen pengguna Reddit.

“Aaradhya benar-benar “Mini Me” Aishwarya”, komen pengguna Reddit lain.
“Sekarang saya tahu dari mana datangnya inspo rambut Aaradhya”, komen pengguna Reddit.
Untuk pengetahuan kamu, sejak Aaradhya dilahirkan, Aishwarya kurang menerima projek filem kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya. Dan disebabkan oleh pengorbanannya itu, Abhishek telah memuji sikap keibuan Aishwarya.
Apa yang kamu rasa, sama tak?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.