Perkongsian pelakon, Sharifah Sakinah mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi wajah suaminya yang berasal dari Perancis, Cyril Kongo yang dinikahi sejak April 2025.
Akhirnya Dedah Wajah Suami
Sharifah Sakinah menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan mereka berdua menghadiri sebuah acara jenama jam tangan mewah, baru-baru ini.
“Zero bought followers. Zero content strategy. 100% premium family fun.”-kapsyen Sharifah Sakinah di Instagram
“Kinah, Air Apa Tu…”
Walaubagaimanapun lain pula reaksi sesetengah netizen yang mempersoalkan minuman yang dipegang oleh Sakinah sama ada ianya minuman beralkohol atau hanya ‘sparkling juice’.
“Kinah, air apa tu 😢😢.”
“Air zappel kot tu. Ke teh o ais yang kurang teh.”
“Keluar gua sikit. Dalam dunia ni tak semua air dalam cawan tu yang perlu dipersoalkan. Dalam dunia ni wujud jugak yang namanya sparkling water. Ada jugak yang namanya cocktail tanpa alkohol. Boleh buat research 🙂.”
“What drink is that.”
“Alhamdulillah ada juga komen orang yang bijak, taip komen menggunakan akal yang sihat, tak perlu nak judge orang kan baik.”
“Saya rasa dia pegang je tak minum. Sebab dah kena bagi. So later dia letak balik.”
“Soft drink guna straw. Tu je nak cakap 😂.”
Sehingga kini, Sakinah dilihat tidak memberikan sebarang respon terhadap komen netizen yang ditujukan kepadanya berhubung jenis minuman yang dipegangnya pada acara jam tangan mewah itu.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.