Perkongsian pengacara dan penyampai radio terkenal, Haziq Hussni mencuri perhatian rakan selebriti dan netizen selepas berkongsi momen lucu bapanya, Hussni sempena Hari Bapa pada Ahad.
Haziq, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa bapanya itu masih gagah dan kacak biarpun bakal memasuki usia 60 tahun dan bakal menimang cucu yang ke-10.
“Masih gagah. 6 bulan lagi 60 tahun guys. Atuk hensem ni nak ada 10 cucu dah.
Hesmes kan. Of course lagi kacak dari anak-anak dia. Kami pasrah 🤣. Selamat Hari Baba! Semoga Baba kekal sihat dan sembuh segala sakit Baba! Love you Ba 😘.”-kongsi Haziq di Instagram
“Laa Ingat Abang Sulung Tadi…”
Perkongsian Haziq mencetuskan rasa terpegun netizen dan rakan selebriti termasuklah pelakon, Fasha Sandha yang memuji wajah bapa yang lebih kacak berbanding anaknya, Haziq.
Malah ada yang sempat menyifatkan foto tersebut adalah hasil daripada kecerdasan buatan AI (Artificial Intelligence) disebabkan wajah bapa yang sangat serupa dengan Haziq selain kelihatan sangat muda berbanding usianya.
“Dad lagi handsome dari anak. Wow! Mesti kerap workout dan jaga makan kan. Hebat, happy bday to your day. Please send regards from me and Aidil 👏❤️.”-Fasha Sandha
“Eh wait, sumpah aku ingat ko buat AI muka ko weyh. Sebijik muka haha nampak muda!-“Shaffiq Erwin
“Laa ingat abang sulung tadi 😂.”-Feeya Iskandar
“Ingatkan Haziq edit muka 😂.”-Zara Zya
“Masa muda mesti hensem.”
“Wah muda betul macam baru 40-an je.”
“Sebijik muka bapa dia rupanya 😍.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.