• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Sijil Profesional AWS & AI Kini Lebih Mudah, Cepat dan Berpatutan Dengan UMTSEA

by Phic ARMAN
July 18, 2025
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika anda ingin membina kerjaya dalam bidang AWS Cloud atau Artificial Intelligence (AI), kini peluang untuk mendapatkan kemahiran dan sijil profesional bertaraf dunia terbuka luas. Melalui program terbaru oleh UMTSEA, anda bukan hanya belajar teori, tetapi juga diberi latihan praktikal yang relevan dengan pasaran kerja hari ini di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar, program ini hanya mengambil masa sekitar dua hari sahaja, dengan kos bermula serendah RM2,000. Tenaga pengajar pula terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini, sama ada pelajar, pekerja atau mereka yang sedang mencari peluang baharu untuk meningkatkan kemahiran.

Dalam pada itu, UMTSEA Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UMT Holdings, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan TAC Legacy Sdn. Bhd. untuk melaksanakan program ini. TAC Legacy akan bertanggungjawab menyediakan latihan melalui kerjasama dengan badan pensijilan antarabangsa termasuk Amazon Web Services (AWS), manakala UMTSEA akan menguruskan promosi, pengambilan peserta dan bekerjasama dengan pihak akademik serta industri.

Tambah Erwina lagi, program ini sejajar dengan usaha negara untuk melahirkan lebih ramai bakat digital yang berkemahiran tinggi. Beliau berkata pihaknya mahu memastikan rakyat Malaysia memiliki sijil profesional yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Pengarah TAC Legacy, Dato’ Sri Nor Ahmed Salih @ Anas Abdullah pula menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah awal untuk mewujudkan ekosistem latihan yang kukuh dan berskala.

UMTSEA beroperasi di CP Tower, Petaling Jaya, sebuah lokasi yang strategik dan mudah diakses. Sijil yang diperoleh melalui program ini bukan sahaja meningkatkan nilai diri anda di mata majikan, tetapi juga membuka peluang untuk bersaing di peringkat global.

Kami di MURAI MY melihat ini sebagai satu peluang yang wajar direbut. Nantikan pengumuman rasmi daripada UMTSEA tidak lama lagi dan pastikan anda antara yang pertama untuk mendaftar.Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi: UMTSEA Sdn. Bhd., E-mel: aida@umtsea.edu.my dan di talian : +6013-884 0430.

Dato’ Sri Nor Ahmed Salih @ Anas AbdullahErwina A. Ghafar
https://lomp.at/5entl
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

[REVIEW] PRISM+ Aura Air Purifier: Kecil, Senyap & Comel ‘Gilerr’

by Phic ARMAN
August 20, 2025

Kalau kalian tinggal di kawasan bandar, mesti familiar dengan masalah habuk yang tak habis-habis. Tambah pula kalau ada construction dekat...

Read more
Berita

IUC Buka Laluan Kerjaya Global Mahasiswa di Jepun

Kalian pernah terfikir tak, tengah study tapi dalam masa sama dah ada laluan kerjaya terus ke Jepun? Inilah yang tengah...

Read more
by Phic ARMAN
September 9, 2025
Teknologi

[VIDEO] Apple Turunkan Harga iPhone 17, Ramai Tak Sangka Lebih Murah Dari iPhone 16

Siapa sangka, Apple kali ni buat kejutan dengan pelancaran siri iPhone 17. Bukan saja datang dengan model baru dan spesifikasi...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
Teknologi

Kobo Clara Colour Putih: Gaya Minimalis untuk Pencinta Buku Digital

Rakuten Kobo, peneraju global dalam pembacaan digital, memperkenalkan Kobo Clara Colour dalam warna putih — tambahan terbaharu kepada rangkaian eReader...

Read more
by Aphit J.
September 14, 2025
Teknologi

[REVIEW] 8 Sebab Galaxy Z Fold7 Buat MURAI Terpikat, Dari Skrin Besar Hingga AI Gemini Yang Padu

MURAI berpeluang mencuba unit pinjaman SAMSUNG Galaxy Z Fold7 dalam warna Blue Shadow, dan wow… ini memang model yang buat...

Read more
by Phic ARMAN
September 19, 2025
Teknologi

[REVIEW] Samsung Galaxy S25 FE: Ala-Ala Flagship, Harga Tak Sampai Kena Ikat Perut

Setiap tahun, Samsung memang pandai main tarik tali dengan peminat. Kali ini, masuk pula edisi Fan Edition, Samsung Galaxy S25 FE....

Read more
by Phic ARMAN
September 9, 2025
Teknologi

[REVIEW] HONOR X9d 5G: Bila Phone RM1.5k Nampak Macam RM4k

MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian....

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Teknologi

5 ‘Highlight’ Hebat HONOR X9d 5G Yang Buat Ramai Teruja

HONOR Malaysia baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaharu, HONOR X9d 5G, dengan gabungan teknologi terkini dan ketahanan bertaraf industri. Harga...

Read more
by Phic ARMAN
September 25, 2025
Teknologi

HONOR Magic8 Pro Bakal Tiba Di Malaysia, Rupanya Ada Kaitan Dengan Gegar Vaganza 2025

Selepas pelancarannya di China bulan lalu, HONOR Magic8 Pro kini sah bakal menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia tidak lama lagi....

Read more
by Phic ARMAN
November 3, 2025
Automotif

Jom Tengok ‘Close-Up’ iCAUR 03, SUV EV Adventure Yang ‘Rare’ Gila

iCAUR Malaysia baru je lancarkan model pertama mereka, iCAUR 03, sebuah SUV elektrik lasak yang katanya “Born to Play” atau...

Read more
by Phic ARMAN
September 10, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

  2. 2

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  3. 3

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  5. 5

    [VIDEO] Reaksi Fatima Buka Hadiah Hari Jadinya Buatkan Netizen Teruja-“Fasih Berbahasa Inggeris”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem