Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

4 Selebriti Tempatan Ditipu, Mawar Rashid Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
June 21, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini murai.my ada memaparkan kisah beberapa artis Malaysia ditipu oleh individu yang belum melunaskan bayaran kepada mereka. Raja Ilya dan Chacha Maembong adalah antara artis yang telah mendedahkan kes penipuan ini menerusi media sosial. Raja Ilya dilihat telah memuat naik satu kenyataan di Insta-story nya yang dilihat seperti kecewa dan tidak berpuas hati terhadap individu ini.

Manakala Chacha Maembong telah mendedahkan identiti wanita ini yang didakwa membawa lari duit dan menipu ramai artis di Malaysia.

Mawar Rashid Buat Laporan Polis

Menerusi laporan dari Harian Metro, pelakon Mawar Rashid pula telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru Subang, Petaling Jaya, semalam mendakwa ditipu oleh wanita yang dikenalinya dengan mengalami kerugian lebih RM15,000.

Foto: Najly Jefri via MR (Harian Metro)

“Perkara ini sudah berlarutan sejak Oktober tahun lalu. Saya sudah memberi banyak masa untuk wanita ini menyelesaikan bayaran sepatutnya untuk ‘job’ yang saya buat membabitkan iklan makanan segera.

“Malangnya, dia kerap memberikan alasan tidak masuk akal iaitu akaun dibekukan selain menipu mengatakan klien belum melunaskan bayaran sedangkan pihak terbabit sudah berbuat demikian kepada wanita itu yang menjadi ejen,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Mawar juga mendakwa wanita itu turut menipu beberapa selebriti lain seperti Izzue Islam, Raja Ilya dan Chacha Maembong.

“Baru-baru ini, dia ada menghantar mesej kepada pengurus saya dan berjanji untuk menyelesaikan perkara ini hingga hujung bulan ini.

“Namun sebagai langkah keselamatan saya perlu ambil keputusan dengan membuat laporan polis terlebih dahulu kerana bukan saya seorang yang terkena.

“Jadi saya berharap wanita terbabit dapat menunaikan janji kerana ia membabitkan jumlah besar. Lama saya tunggu. Kasihanilah saya yang sudah bertungkus-lumus bekerja,” katanya.

Kami di murai.my berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera memandangkan ia melibatkan jumlah wang ringgit yang besar lagi-lagi mereka bekerja keras demi menjana pendapatan untuk menyara kehidupan masing-masing.

"Lepas Jadi Janda, Baru Kenal Diri Sendiri”-Mawar Rashid Akui Dirinya Makin Jelita

Sumber Harian Metro

chacha maembongizzue islamlaporan polismawar rashidraja ilya
https://lomp.at/cgmn1
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Insentif

Berita Baik Buat Usahawan Wanita Kelantan, Ini Cara Mohon Tabung RM2,500 Untuk Naik Taraf Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026

Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan...

Read moreDetails
Automotif

Proton e.MAS 7 PHEV Cipta Sejarah Pandu Lebih 1,100KM Tanpa Cas & Minyak, Tempahan Dibuka Serendah RM99

by Ayu Kamaruddin
January 14, 2026

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) sekali lagi mencuri tumpuan apabila membuka tempahan awal Proton e.MAS 7 PHEV serba...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore