Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

4 Mayat Ditemui Dalam 72 Jam, Ini 5 Fakta Kes Jeju Yang Mengejutkan Korea Selatan

by Phic ARMAN
August 26, 2026
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka di sebalik keindahan Jeju yang cukup popular dalam kalangan pelancong, kini muncul satu kes yang mengundang persoalan ramai?

Dalam tempoh hanya 72 jam, empat individu yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia di beberapa lokasi di pulau berkenaan. Lebih mengejutkan, kes ini turut membuka persoalan mengenai cara laporan orang hilang dikendalikan pihak berkuasa.

Seorang anggota polis berusia 35 tahun, dikenali sebagai Bu, kini ditahan kerana didakwa menutup beberapa kes kehilangan terlalu awal.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku di Jeju? MURAI kongsikan lima fakta penting mengenai kes yang kini menjadi perhatian Korea Selatan dari media antarabangsa.

1. Empat mayat ditemui dalam tempoh 72 jam

Mayat mereka ditemui di beberapa lokasi termasuk kawasan kediaman, laluan tertentu serta kawasan lembah di Aewol-eup, Jeju City. Foto: Korean Times

Sekurang-kurangnya empat individu yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam tempoh tiga hari sehingga Isnin.

Mayat mereka ditemui di beberapa lokasi termasuk kawasan kediaman, laluan tertentu serta kawasan lembah di Aewol-eup, Jeju City.

2. Mangsa ditemui selepas 104 hari hilang

Antara mangsa ialah Jang Mi Ran, 37, yang dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui kira-kira 104 hari kemudian.

Polis menemui mayat wanita itu di sebuah kawasan ladang pokok palma pada Isnin.

3. Anggota polis ditahan

Anggota polis berusia 35 tahun itu ditahan atas dakwaan kecuaian tugas. Foto: Korean TImes

Anggota polis berusia 35 tahun itu ditahan atas dakwaan kecuaian tugas, memalsukan rekod elektronik rasmi dan menghalang tugas rasmi.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa pernah menghubungi Jang serta seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang.

Namun, polis dilaporkan gagal menemui rekod yang membuktikan komunikasi tersebut berlaku.

4. Sebanyak 298 kes disemak semula

Susulan kontroversi itu, pihak polis kini menyemak kesemua 298 laporan orang hilang yang pernah dikendalikan anggota terbabit.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 10 kes sedang diperiksa dengan lebih teliti kerana kemungkinan berlaku penutupan kes secara tidak wajar.

5. Kes turut menjejaskan keyakinan pelancong

Empat pegawai kanan di Jeju Seobu Police Station turut digantung tugas sementara siasatan dijalankan.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, turut menggesa akauntabiliti polis diperkukuhkan. Dalam masa sama, kebimbangan terhadap keselamatan dilaporkan menyebabkan sebahagian pelancong membatalkan perjalanan ke Jeju.

Buat masa ini, siasatan masih berjalan dan banyak persoalan belum terjawab. Apa yang pasti, kes ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan orang ramai, tetapi turut mengingatkan kita bahawa setiap laporan orang hilang perlu dipandang serius.

Di sebalik satu laporan, ada keluarga yang sedang menunggu kepulangan insan tersayang. Dan persoalannya, adakah masih ada kes lain yang belum terungkai?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Jeju
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Update

Bukan Sekadar Buka Cawangan Baharu, KESS Perkasa Komuniti Anak Istimewa Bersama PRISMA

by Phic ARMAN
August 26, 2026

Satu lagi langkah positif dalam usaha memperkasakan komuniti anak istimewa apabila Pertubuhan Ibu Bapa Anak Anak Istimewa Malaysia (PRISMA) dan...

Read moreDetails
Berita

Kenapa Meerqeen Dipilih Jadi Duta REDMI Note 17 Series?

by Phic ARMAN
August 20, 2026

Bila Xiaomi umumkan Meerqeen sebagai Malaysia Ambassador untuk REDMI Note 17 Series, ramai mungkin tertanya-tanya, kenapa Meerqeen? Jawapannya sebenarnya cukup...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara