Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Muzik Video Tempatan Paling Kontroversi Sepanjang 2018

by Phic ARMAN
November 23, 2018
Share on Facebook

Buat anda pencinta musik, pasti anda akan tertunggu muzik video rasmi artis kegemaran anda. Selain ingin melihat visuali dari lagunya, anda juga pasti ingin melihat cara mereka mengekspresikan karyanya melalui video klip musik, kan?

Sepanjang tahun 2018 ini, ramai artis-artis dari Malaysia mampu menghasilkan karya terbaik dengan menampilkan video klip yang berkualiti tinggi. Malah ada diantara muzik video ini telah mencetuskan kontroversi kerana alur ceritanya. Berikut kami rangkum kan 5 Muzik Video terbaik dan ‘Panas’ sepanjang tahun 2018 sekalis berjaya mendapat tontonan yang tinggi.

Hajat – Hael Husaini

YouTube video

Video itu menampilkan lakonan mantap dari dua pelakon comel Sherry Alhadad dan Dotty. Namun paling menjadi bualan hangat netizen adalah kemunculan istimewa Happy Polla dari Thailand sekaligus ia menentang diskriminasi terhadap wanita bersaiz besar atau gemuk. Ada dakwaan yang mengatakan pemilihan Happy Polla itu seolah-olah mahu mempromosikan golongan transgender. Ye ke?

Dan Ketika Itu – Zulin Aziz

https://www.youtube.com/watch?v=coSN-jnSIzQ&feature=player_embedded

Sebelum Muzik Video ini dimuatnaik secara rasmi menerusi laman Youtube, Zulin atau nama sebenarnya Azleenda Abd Aziz pernah memberitahu majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan memandangkan hubungannya dengan kekasih sudah berakhir. Walaubagaimanapun Zulin tetap meneruskan sesi perkahwinan tersebut dengan menggayakan baju, pelamin dan set hantaran yang sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik sebagai kenangan.

Sehingga kini, muzik video tersebut sudah mencapai lebih 3.1 juta tontonan dan pernah trending nombor satu di laman YouTube.

Bekas Kekasih – Tomok

YouTube video

Muzik video yang berkonsepkan drama realiti ini terbitan Monkey Bone menceritakan tentang realiti kehidupan sekumpulan Mak Nyah di ibu kota yang berakhir dengan pesanan yang menginsafkan.

Sebelum video muzik ini dikeluarkan, agak kecoh apabila Tomok dilihat telah memuat naik beberapa keping gambarnya yang berpakaian seperti seorang wanita bersama pelakon Beto Kusyairi. 

Tanpa mengetahui perancangan sebenar Tomok, rata-rata netizen memberi tanggapan kepada Tomok seolah-olah mempromosikan lagi LGBT yang hangat diperkatakan. Munculnya MV ini, maka terjawablah segala persoalan. Muzik video tersebut juga pernah trending nombor satu dan sehingga mencapai lebih 900k tontonan.

Anta Permana- Dato’ Sri Siti Nurhaliza

YouTube video

Muzik video lagu tersebut seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip ini kurang menarik seperti video-video klip Dato Siti sebelum-sebelum ini. Gegelintir peminat Siti kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Walaubagaimanapun, Muzik Video ini berjaya mencapai lebih 5.8 Juta tontonan sehingga hari ini.

Pendusta Cinta- Wani Ft. Waris

YouTube video

Selepas lagu ini dimuatnaik di lama Youtube, ada dakwaan daripada netizen dimana seorang pendakwah bebas, Da’u Luqman telah mengecam seorang penyanyi berhijab popular. Menerusi kenyataannya itu, imej penyanyi tersebut yang berhijab sedikit sebanyak telah mengundang fitnah kepada wanita yang berhijab.

Meskipun tidak menyatakan nama mana-mana penyanyi, netizen mengandaikan kenyatan tersebut ditujukan buat Wani apatah lagi muzik video lagu tersebut baru sahaja keluar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara