• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

Selain Jaga Solat, Ini 8 Tips Yang Lain Untuk Menunaikan Umrah Buat Pertama Kali

by Jash Lee
November 8, 2023
Share on Facebook

Ibadat Haji dan Umrah merupakan satu rukun daripada lima rukun islam dan ianya menjadi puncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada Tuhan-Nya.

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah. Manakala dari segi syara’ pula bermaksud menziarahi Baitullah al-haram pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat tertentu. Umrah juga dikenali sebagai ‘Haji Kecil’, namun ada masanya yang kita tidak boleh menunaikan umrah iaitu semasa menunaikan ibadat haji.

Hukum mengerjakan umrah ialah wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya seperti beragama islam, baligh, berakal, merdeka/bebas dan berkemampuan.

9 Tips Umrah Buat Pertama Kali!

Bagi yang pertama kali ingin ke tanah suci untuk menunaikan ibadat umrah, pasti dadanya akan bercampur baur perasaan takut, teruja, sedih dan lain-lain. Buat mereka yang ingin ke sana pertama kali, ini adalah 9 tips yang Murai MY ingin sampaikan agar perjalanan dan urusan disana dipermudahkan.

1. Jaga Solat

Sekiranya anda telah mengetahui tarikh untuk pergi ke sana, jika solat masih terlopong, sebaiknya perlahan-lahan untuk menjaganya dari sekarang agar menjadi kebiasaan serta dapat menambah solat-solat sunat yang lain ketika disana.

2. Betulkan Niat

Cuba untuk tetapkan minda dan niat anda ke sana adalah untuk beribadat, kerana terdapat juga individu yang berniat selain daripada beribadat ketika di sana, contohnya ingin membeli belah, cari tempat yang viral untuk menangkap gambar agar menjadi terkenal dan sebagainya.

3. Jaga Adab

Ketika di sana, anda perlu untuk menjaga tingkah laku dari awal. Perlu buang atau tahan sekuat-kuatnya sifat buruk ketika disana. Kerana sekiranya anda menjaga adab pasti akan dipermudahkan urusan seperti dapat memasuki Raudhah serta mencium Hajarul Aswad dengan mudah dan lain-lain.

4. Semasa Di Raudhah

Jika anda berpeluang untuk memasuki Raudhah, pastikan anda doa sebanyak-banyaknya ketika sujud akhir sebelum tahiyat akhir. Ini kerana jika anda berdoa selepas solat, anda akan dihalau oleh pengawal yang menjaga di sana oleh kerana ramai lagi yang sedang menunggu giliran untuk memasuki kawasan Raudhah tersebut.

5. Beli Sabun Yang Tiada Bau

Ini kerana semasa umrah selepas niat ihram anda tidak dibenarkan untuk mempunyai sebarang bau yang baharu seperti minyak wangi, sabun cuci tangan yang berbau wangi dan lain-lain di badan kerana nanti akan dikenakan dam (denda).

6. Air Zam-Zam

Terdapat banyak air zam-zam pada kedua-dua masjid tersebut serta diingatkan untuk tidak membazir serta manghabiskan air zam-zam yang telah diambil di dalam cawan. Serta perlu menjaga adab ketika minum bersama niat yang betul.

7. Tukar Duit Riyal

Pastikan anda telah menukar awal-awal duit Ringgit Malaysia kepada riyal untuk beli makanan, sedekah dan untuk membasuh baju sahaja. Jika anda ingin membeli belah, minyak wangi dan lain-lain, dinasihatkan untuk membayar dengan menggunakan kad kerana lebih senang dan mudah serta tidak perlu menunggu untuk baki lebihan.

8. Makanan & Minuman Tak Sedap

Ketika di sana, pasti akan ada selera yang tidak kena dengan tekak atau makanan dan minuman yang disediakan itu tidak sedap, namun anda perlu menerimanya dengan hati yang redha serta berdiam sahaja. Jika anda tidak suka, tak usah untuk memakannya dan jangan mencela makanan ketika disana.

Anda boleh sahaja untuk membeli makanan lain yang berada diluar hotel atau penginapan mengikut selera masing-masing, yang penting adalah anda perlu menjaga adab dan percakapan semasa di sana.

9. Solat Jenazah

Di sana nanti, anda akan melihat selepas sahaja selesai solat fardhu pasti akan ada solat jenazah dan dinasihatkan supaya anda mengikut serta solat jenazah tersebut kerana besar pahala yang akan diperolehi. Jangan risau jika terlepas kerana setiap selepas waktu solat fardhu pasti akan ada jenazah baru yang perlu disembahyangkan.

Anda boleh sahaja berdiri di tempat anda solat atau pergi ke hadapan untuk memenuhkan saf bagi solat jenazah bersama imam.

Apa-apa pun, yang paling utama ketika menunaikan umrah adalah, pastikan anda mempunyai niat ingin berubah dan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya, sebelum pulang ke akhirat yang kekal abadi. Rebutlah peluang untuk mengumpul amal yang akan membantu kita selepas kematian di dunia ini.

Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat serta semoga sesiapa yang pergi umrah mendapat umrah yang mabrur.

Murai MY mendoakan agar kita semua dapat menjejakkan kaki di sana suatu hari nanti. Apa kata anda?

tips untuk umrahumrah
https://lomp.at/pii52
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore