Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ada Yang Nyaris Diculik! Ini 5 Artis K-Pop Dikasari Peminat

by Naddy Joe
November 14, 2020
Share on Facebook

Menjadi artis bukannya mudah, ada yang pernah mendapat layanan kasar dari peminat mereka sendiri. Berikut adalah 5 artis K-Pop yang pernah dikasari peminat, malah ada yang nyaris diculik. Siapakah artis K-Pop itu? Scroll sampai habis okay!

Taeyeon SNSD

Insiden yang berlaku pada tahun 2011 ini masih segar dalam ingatan sehingga kini. Ianya berlaku semasa SNSD melakukan persembahan untuk Angel Price Music Festival. Sewaktu di pertengahan persembahan, seorang lelaki yang tidak dikenali telah menarik tangan Taeyeon untuk turun dari pentas . Namun, tindakan lelaki tersebut berjaya digagalkan oleh para staf yang bertugas. Walaupun beliau masih ketakutan, Taeyeon masih bertindak profesional.

YouTube video

IU

Siapa sangka IU juga mengalami kejadian yang tidak menyenangkan kerana peminat. Sewaktu IU melakukan konsert di Shanghai, seorang yang menonton konsert itu telah membaling botol tepat ke wajah penyanyi tersebut semasa break session di atas pentas.

IU hanya mampu ketawa apabila botol tersebut terkena kepalanya. Namun, sebilangan netizen mengatakan bahawa orang yang membaling botol tersebut sebenarnya peminat yang pada awalnya bertujuan untuk memberi minuman kepada IU. Tetapi malangnya, botol yang dibaling telah kena tepat pada kepala penyanyi tersebut.

Jimin BTS

Kembali ke tahun 2016, Jimin BTS pernah terjatuh di lapangan terbang kerana diserbu oleh peminat. Semasa BTS tiba di lapangan terbang Taipei, ratusan peminat berkumpul di lapangan terbang menyebabkan beliau sukar untuk keluar dari lapangan terbang.

ARMY berusaha untuk mendekati mereka untuk bergambar dan menyebabkan Jimin BTS terjatuh kerana diasak oleh peminat. Lebih teruk lagi, seorang peminat mendedahkan bahawa Jimin menghadapi kesukaran untuk berdiri kerana terlalu ramai orang yang mengelilinginya.

YouTube video

Joshua SEVENTEEN

Sewaktu fansign sedang berlangsung, peminat seharusnya dapat berinteraksi bersama artis kegemaran masing-masing. Namun, Joshua telah dibaling barang oleh peminat ketika sesi fansign. Ketika ditanya mengapa melakukan tindakan seperti itu, peminat tersebut menjawab bahawa beliau marah kerana beliau sudah menghabiskan banyak wang tetapi Joshua tidak senyum kepadanya. 

YouTube video

Tzuyu TWICE

Tzuyu TWICE juga mengalami insiden buruk apabila disuruh untuk diam oleh peminat. Insiden ini berlaku di Taiwan ketika kumpulan TWICE ingin mengucapkan selamat tinggal ketika sesi fansign sudah berakhir. Apabila tiba giliran TZUYU untuk bercakap, ada peminat yang memekik kepadanya dan menyuruh untuk diam.

“Jangan cakap!”,

“Diam! Tutup mulut!”- Peminat

Selepas Tzuyu menerima respon sebegitu, beliau yang kelihatan malu dan secara lembut meminta rakannya di sebelah untuk bercakap. Setelah peminat tersebut dikecam, beliau membuat permohonan maaf secara rasmi kerana memberikan perkataan-perkataan yang tidak sopan. Peminat tersebut bertindak sedemikian kerana beliau sedih sesi fansign sudah berakhir dan tidak mahu mengucapkan selamat tinggal.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara