Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

RM22,000 Untuk 3 Malam? Anantara Desaru Coast Tawar Percutian Keluarga Bertaraf VIP!

by Phic ARMAN
November 10, 2026
Share on Facebook

Bercuti bersama keluarga memang menyeronokkan, tetapi bab merancang aktiviti, makanan dan tempat penginapan kadangkala boleh buat ibu bapa pening kepala. Belum lagi apabila setiap ahli keluarga mempunyai kehendak berbeza.

Namun, Anantara Desaru Coast Resort & Villas tampil dengan pakej Private Residences Family Escape yang cuba menjadikan percutian keluarga lebih mudah, eksklusif dan pastinya penuh pengalaman menarik.

Menariknya, pakej tiga malam ini bukan sekadar menawarkan penginapan mewah, malah menyediakan pelbagai aktiviti untuk dinikmati seisi keluarga tanpa perlu bersusah payah menyusun jadual sendiri.

Anantara Desaru Coast Tawar Kediaman Persendirian

Menerusi pakej ini, keluarga boleh menginap di salah satu daripada 20 kediaman eksklusif Anantara Residences Desaru Coast yang mempunyai pilihan dua, tiga atau empat bilik tidur, bermula daripada keluasan 254 meter persegi.

Setiap kediaman turut dilengkapi kolam infiniti peribadi. Pilihan Garden Residence menawarkan suasana kehijauan yang lebih privasi, manakala Beach Residence pula menjanjikan pemandangan laut yang memukau.

Bukan itu sahaja, tetamu boleh menyertai kelas memasak makanan Malaysia bersama cef profesional menerusi Spice Spoons, selain mengikuti lawatan hutan bakau dan aktiviti berjalan kaki mengenali hidupan semula jadi bersama Naturalist resort.

Anak-anak juga tidak akan kebosanan kerana tersedia Layang Layang Kids’ Club, manakala golongan remaja boleh melepak di Luncur Ombak Active Zone. Ibu bapa pula boleh menikmati rawatan spa dalam kediaman sendiri.

Makan, Rehat Dan Aktiviti Semuanya Diuruskan

Bab makanan pun sudah tersedia. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam disediakan sama ada di kediaman atau restoran Turmeric.

Lebih menarik, keluarga boleh menikmati sarapan terapung dalam kolam peribadi serta makan malam barbeku di kediaman atau tepi pantai. Ada juga pawagam terbuka peribadi untuk melengkapkan malam bersama keluarga.

Sepanjang penginapan, khidmat butler 24 jam turut disediakan, termasuk urusan ketibaan dan pelepasan VIP di lapangan terbang.

Berapa Harga Pakej Anantara Desaru Coast?

Anantara Desaru Coast

Untuk menikmati pengalaman tiga malam ini, harga pakej bermula RM22,000++.

Memang bukan pakej percutian bajet, tetapi jika dikongsi bersama keluarga dan mengambil kira penginapan, makanan serta aktiviti yang disediakan, ia menawarkan pengalaman percutian eksklusif tanpa perlu terlalu memikirkan soal perancangan.

Persoalannya, adakah anda sanggup berbelanja lebih demi percutian keluarga yang semuanya sudah diuruskan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Anantara Desaru Coast Resort & Villas
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Ribbon of Pink
LifeXplore

“Ribbon of Hope”, Harapan M Social Resort Penang Untuk Pejuang Kanser Payudara

by Nurul A.
October 11, 2026

Pada bulan Oktober ini, M Social Resort Penang mengubah suasana lobi hotelnya dengan rona merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
Village Grocer
LifeXplore

Village Grocer Kini Hadir Di Merdeka 118!

by Nurul A.
November 2, 2026

Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka Malaysia, secara rasminya telah membuka cawangannya di 118 Mall, yang terletak di dasar...

Read moreDetails
LifeXplore

Nasha Aziz Turun Padang Cari 20 Ikon Pahang, Bakat Baharu Bakal Rebut RM10,000

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau selama ini kita kenal Nasha Aziz sebagai antara nama besar dalam dunia peragaan dan lakonan, kali ini beliau pula...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Buka Semula Laluan Ahmedabad & Amritsar

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Kalau India sudah lama masuk dalam travel bucket list anda tetapi asyik tertangguh sebab fikir bajet, mungkin ini masa untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
Night Shift
LifeXplore

Rindu Suasana Malam KL Yang Dulu? Night Shift Bawa Kamu Kembali Ke Era 1997-2003

by Nurul A.
November 5, 2026

Night Shift, sebuah pameran baharu yang menelusuri suasana kehidupan malam di Kuala Lumpur antara tahun 1997 dan 2003, dianjurkan dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara