Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Nasha Aziz Turun Padang Cari 20 Ikon Pahang, Bakat Baharu Bakal Rebut RM10,000

by Phic ARMAN
September 30, 2026
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau selama ini kita kenal Nasha Aziz sebagai antara nama besar dalam dunia peragaan dan lakonan, kali ini beliau pula turun padang mencari wajah baharu yang berpotensi mencuri perhatian.

Nasha dipilih sebagai salah seorang juri profesional bagi Ikon Aspirasi Pahang 1st, program pencarian bakat yang menyasarkan 20 individu untuk dibangunkan dalam bidang kandungan digital, personal branding dan industri kreatif.

Sesi ujibakat akan berlangsung pada 4 Oktober 2026, dari jam 10 pagi hingga 5 petang di Shahzan Hotel, Kuantan. Panel turut disertai Dr Azu Shahadan, Dato’ Dr Emma Ibrahim serta wakil TikTok dan TikTok Shop.

Nasha Aziz Cari Bakat Yang Belum Ditemui

Bagi Nasha, bukan semua bakat yang berpotensi sudah mempunyai ribuan pengikut atau nama besar di media sosial.

“Mungkin ada bakat yang belum kita lihat,” katanya, sambil melihat program ini sebagai platform untuk anak muda dan bakat tempatan berani mencabar kemampuan diri.

Pandangan itu selari dengan objektif program yang bukan hanya mencari individu popular, tetapi mereka yang mempunyai potensi untuk dibentuk. Malah, Pahang Media melaporkan program ini turut mendapat peruntukan RM1 juta dalam Belanjawan Pahang 2026 di bawah komponen kesenian, kebudayaan dan warisan.

Menariknya, Nasha bukan sekadar datang untuk menilai peserta. 20 ikon terpilih akan bertemu beliau dalam sesi Breakfast bersama Nasha Aziz pada 5 Oktober untuk mendapatkan perkongsian dan gambaran lebih dekat mengenai dunia seni serta industri kreatif.

20 Ikon Bakal Diuji Bukan Sekadar Depan Kamera

Nasha Aziz

Selepas ujibakat, peserta akan melalui latihan termasuk TikTok Bootcamp & Mentoring, pengalaman digital, aktiviti sosial dan eko-pelancongan serta pembangunan personal branding.

Mereka juga berpeluang merebut hadiah utama RM10,000, menerima pengiktirafan peringkat negeri dan berpotensi dipertimbangkan untuk projek bersama jenama serta agensi berkaitan.

Program ini terbuka kepada individu berusia 18 hingga 49 tahun yang mempunyai kaitan dengan Pahang.

Jadi, kalau selama ini content hanya dapat likes daripada kawan-kawan sendiri, mungkin sudah tiba masa untuk uji bakat di pentas sebenar. Mana tahu, anda sebenarnya ada X-factor yang orang lain belum nampak.

Pendaftaran kini dibuka. Individu yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta mendaftar secara dalam talian melalui saluran rasmi laman web www.ikonofficial.com dan ikuti akaun Tiktok rasmi IKON PAHANG 1st.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
7
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nasha aziz
Share11Tweet7SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Wani Kayrie Cipta Satu Lagi Pencapaian Di Pentas Antarabangsa

by Phic ARMAN
November 3, 2026

Selepas mencuri perhatian menerusi pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Wani Kayrie kini melangkah lebih jauh apabila diberi kepercayaan...

Read moreDetails
KLSCM 2026
LifeXplore

KLSCM Kembali Ke Dataran Merdeka Bagi Edisi Ke-18

by Nurul A.
October 4, 2026

Pelari daripada pelbagai peringkat usia membanjiri jalan raya Kuala Lumpur pagi ini bagi menyertai kategori IHH 10km dan 5km dalam...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
Deepavali
LifeXplore

“Deepavali In Bloom” Warnai Pavilion Damansara Heights

by Nurul A.
November 3, 2026

Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Pavilion Damansara Heights meraikan keindahan warisan masyarakat India menerusi instalasi bunga dan kolam yang memukau,...

Read moreDetails
LifeXplore

Kenali Dr Allan Ravi & Apa Sebenarnya Berlaku Ketika Penyambungan Tangan Lans Koperal Theirry Rodger

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Kepentingan kepakaran dalam pembedahan tangan dan mikrosurgeri turut mengingatkan kita kepada insiden membabitkan seorang anggota polis yang pernah dilaporkan media...

Read moreDetails
LifeXplore

Dulu PROTON Ada Di Jalan Raya, Kini Ada Di Baju UNIQLO Pula

by Phic ARMAN
September 26, 2026

Adakah anda membesar pada era 80-an, 90-an atau awal 2000-an? Jika ya, kemungkinan besar perkataan PROTON bukanlah sesuatu yang asing....

Read moreDetails
LifeXplore

200MP Jadi Taruhan! Mampukah HUAWEI nova 16s Pro Pikat Peminat Fotografi?

by Phic ARMAN
November 12, 2026

Dalam dunia yang semuanya mahu dikongsi di media sosial, kualiti gambar sememangnya menjadi antara perkara penting ketika memilih telefon pintar....

Read moreDetails
LifeXplore

5 Alasan Galaxy Tab S12 Patut Jadi Pilihan Student, Harga Khas & Aksesori Percuma Menanti!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Kehidupan sebagai pelajar universiti bukan sekadar hadir kuliah dan menyiapkan assignment. Ada presentation, kerja berkumpulan, nota yang perlu disusun dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara