Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos yang cukup menarik perhatian.
MURAI berkesempatan hadir ke acara pelancaran “Street in Focus” di atmos Mid Valley Megamall baru-baru ini, yang menghimpunkan barisan KOL, pencipta kandungan serta rakan media dalam suasana cukup meriah.
Memang nampak vibe acara kali ini sedikit berbeza apabila dunia fotografi analog FUJIFILM digabungkan dengan budaya streetwear dan sneaker atmos.
Kolaborasi itu turut meraikan ulang tahun ke-40 kamera filem sekali guna ikonik FUJIFILM QuickSnap™, selain memperkenalkan generasi baharu fotografi segera menerusi instax Pal 2™ dan instax Link WIDE 2™.
40 Tahun QuickSnap, Masih Ada Aura Tersendiri
Dalam zaman semua benda boleh terus snap, edit dan upload ke media sosial, fotografi filem nampaknya masih mempunyai peminat tersendiri.
Sempena empat dekad QuickSnap, FUJIFILM memperkenalkan QuickSnap Black and White™ dan QuickSnap Active™, masing-masing pada harga RM118.
QuickSnap Black and White menghasilkan imej hitam putih dengan penekanan terhadap kontras dan tekstur, manakala QuickSnap Active pula merupakan kamera kalis air yang boleh digunakan sehingga kedalaman 10 meter.
MURAI turut sempat melihat pameran “Capture Your City: Kuala Lumpur Edition”, yang menampilkan lebih 50 peserta dengan perspektif masing-masing terhadap wajah Kuala Lumpur.
Jiwa Analog, Kemudahan Digital
Tidak mahu ketinggalan dengan gaya generasi digital, instax Pal 2™ turut diperkenalkan pada harga RM648.
Kamera kompak ini hadir dengan 30 kesan kreatif dan boleh disambungkan kepada pencetak instax Link. Malah, pengguna boleh menghasilkan instax Animation™ daripada beberapa rakaman pantas.
Sementara itu, instax Link WIDE 2™ berharga RM748 membolehkan gambar daripada telefon pintar dicetak dalam format WIDE yang lebih besar.
Bagi MURAI, kolaborasi ini memang quite a vibe. Ia bukan sekadar tentang kamera, tetapi bagaimana teknologi, fesyen dan budaya jalanan boleh bertemu untuk menghasilkan cara baharu dalam bercerita.
Acara in-store takeover di atmos Mid Valley Megamall berlangsung sehingga 25 Oktober 2026, jadi kalau anda peminat fotografi atau streetwear, bolehlah singgah dan tengok sendiri.














