Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Apa Kata Penganjur Selepas Pestapora Malaysia? Ini Harapan Buat Artis & Peminat

by Phic ARMAN
August 17, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Apa yang berlaku selepas sesebuah festival berakhir? Bagi penganjur, mungkin ramai fikir semuanya selesai selepas lampu pentas dipadam dan peminat mula beransur pulang.

Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, perjalanan itu sebenarnya masih panjang.

Pestapora Malaysia

Selepas penganjuran edisi kedua Latihan Pestapora Malaysia, Rohit menyampaikan penghargaan buat semua yang terus memberikan sokongan terhadap festival berkenaan.

Rohit Hargai Sokongan Peminat

Pestapora Malaysia

Menurut Rohit, penganjuran edisi kedua membawa makna penting dalam usaha membina sebuah festival serantau yang mampu berkembang bersama artis dan peminatnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang diberikan kepada Latihan Pestapora Malaysia, terutama apabila muzik berjaya membawa peminat dari Malaysia dan Indonesia bersama-sama dalam satu pengalaman.

“Yang paling penting bagi kami adalah melihat bagaimana muzik mampu membawa peminat dari Malaysia dan Indonesia bersama-sama dalam satu pengalaman yang sama,” katanya.

Bukan sekadar festival, Rohit melihat platform ini sebagai ruang untuk membina hubungan lebih dekat antara industri muzik kedua-dua negara.

Pesanan Rohit Untuk Peminat & Artis

Pestapora Malaysia

Dalam masa sama, kerjasama bersama Boss Creator turut memberi peluang kepada Hitman Group untuk meneroka lebih banyak idea, kolaborasi serta peluang baharu untuk artis dari Malaysia dan Indonesia.

Bagi Rohit, hubungan seperti ini perlu terus diperkukuhkan.

Beliau berharap kerjasama yang terjalin bukan berhenti pada satu edisi sahaja, sebaliknya dapat berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang.

“Kami berharap hubungan ini akan terus berkembang dan membolehkan kami menghadirkan pengalaman yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Selepas Festival, Perjalanan Masih Panjang

Apa yang menarik, kenyataan Rohit selepas festival ini bukan sekadar ucapan terima kasih biasa.

Ada satu mesej yang jelas, Latihan Pestapora Malaysia masih mempunyai ruang untuk berkembang.

Dengan sokongan peminat, artis dan rakan kerjasama dari kedua-dua negara, Rohit mahu festival ini terus menjadi titik pertemuan buat komuniti muzik Malaysia-Indonesia.

Pestapora Malaysia

Dan kalau muzik memang boleh menyatukan dua negara, siapa tahu apa yang bakal dibawa oleh Latihan Pestapora Malaysia untuk edisi seterusnya?

Buat masa ini, satu perkara pasti sokongan peminat menjadi antara kekuatan utama yang membuatkan perjalanan festival ini terus bergerak ke hadapan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Rohit Rampal
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

5 Tarikan Terbaharu Di Renaissance Johor Bahru, Arca Ikonik ‘R’ Hingga Koktel Eksklusif!

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau anda fikir Renaissance Johor Bahru Hotel hanya menawarkan penginapan mewah, sebenarnya ada beberapa tarikan baharu yang boleh diterokai. Menerusi...

Read moreDetails
Vietjet
LifeXplore

Vietjet Tawar Tambang Eco Serendah RM268, Perluas Rangkaian Penerbangan Di Asia

by Nurul A.
October 28, 2026

Menjelang musim cuti hujung tahun di Malaysia, Vietjet menawarkan tiket penerbangan kelas Eco serendah RM268 sehala, termasuk cukai dan caj...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
LifeXplore

Kulit Makin Sensitif Bila Makin Berusia? Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Retinal

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kulit yang sihat bukan sekadar nampak glowing. Ia juga perlu mempunyai benteng pertahanan yang baik supaya kekal lembap, kurang sensitif...

Read moreDetails
Foto - The Chow Kit- an Ormond Hotel
LifeXplore

‘Double Win’ Untuk The Chow Kit, Raih Pengiktirafan Michelin Guide & World Travel Awards 2026

by Nurul A.
October 15, 2026

The Chow Kit- an Ormond Hotel meraikan pencapaian berganda dalam kecemerlangan hospitaliti, dengan merangkumi penyenaraian dalam Panduan Michelin (MIchelin Guide)...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
Foto - Putrajaya Marriott Hotel
LifeXplore

Putrajaya Marriott Hotel Tampil Dengan Persiapan Istimewa Sempena F1 Bahrain GP 2026

by Nurul A.
September 28, 2026

Sempena kembalinya hujung minggu Grand Prix ke negara ini, Putrajaya Marriott Hotel, yang terletak hanya beberapa minit dari Litar Antarabangsa...

Read moreDetails
LifeXplore

Anantara Desaru Coast Ada Tarikan Baharu, Litar Karting RM10 Juta Bakal Dibuka!

by Phic ARMAN
October 5, 2026

Selama ini Desaru Coast dalam kepala anda mungkin cuma ada pantai, resort dan mandi kolam, nampaknya destinasi ini bakal ada...

Read moreDetails
LifeXplore

Datuk Mokhzani Dedah Cabaran Iringi Siti Nurhaliza,- “Beliau Tidak Datang Latihan Tapi…”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Bukan calang-calang penyanyi yang mampu membuatkan seorang pengarah muzik berdepan cabaran mengiringi persembahan secara langsung tanpa latihan terlebih dahulu. Namun,...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia MOVE Raih Pengiktirafan Asia Sekali Lagi, Pengguna Aktif Cecah Hampir 17 Juta

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Merancang percutian sekarang bukan sekadar mencari tiket kapal terbang murah. Kita juga perlu fikir hotel, pengangkutan, tempat menarik dan aktiviti...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara