Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Bantuan Awal Persekolahan RM150: Ini Hal Yang Perlu Anda Ambil Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 13, 2026
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Keresahan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah akhirnya terjawab apabila penyaluran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 kepada semua murid dijangka selesai sepenuhnya selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Berita itu sekali gus memberi kelegaan kepada jutaan keluarga yang sedang bergelut dengan kos persediaan sekolah dalam situasi kos sara hidup yang semakin mencabar.

Dana Dah Ada Di Sekolah, Tunggu Agihan Sahaja

Menurut Berita Harian, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas menjelaskan bahawa peruntukan BAP sebenarnya sudah berada di peringkat sekolah dan hanya menunggu proses pengagihan kepada ibu bapa atau penjaga.

“Bagi peringkat kementerian, kita telah salurkan kepada pihak bank untuk dimasukkan ke dalam akaun sekolah. Pada hari ini atau esok, pihak sekolah boleh mengedarkan bantuan awal persekolahan.”

Menurut beliau, tarikh agihan bergantung kepada aturan pihak sekolah bersama ibu bapa yang akan dimaklumkan secara rasmi.

“Edaran itu bergantung pada aturan pihak sekolah dengan ibu bapa (yang menetapkan tarikh) untuk datang menerima peruntukan tersebut.”

Sasaran KPM: Selesai Hujung Minggu

Zainal turut memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meletakkan sasaran jelas agar agihan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Paling lewat kita harapkan hujung minggu ini sudah selesai (agihan BAP),” katanya ketika ditemui selepas tinjauan hari pertama persekolahan.

Via facebook rasmi/ Kementerian Pelajaran Malaysia

5.2 Juta Murid Terima Manfaat

Sekadar info tambahan, Isnin lalu Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM800 juta bagi menyediakan BAP RM150 kepada 5.2 juta murid, melibatkan pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.

BAP merupakan bantuan tunai sekali bayar yang bertujuan mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan asas persekolahan seperti pakaian, kasut, beg dan alat tulis.

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Kini Untuk Semua Pelajar Hingga Tingkatan Enam!

Bagi tahun ini, penyaluran bantuan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah, selari dengan program pertemuan guru dan ibu bapa.

Bantuan sama turut diperuntukkan kepada pelajar Tingkatan Enam, namun pengagihan hanya akan dibuat selepas mereka menerima tawaran kemasukan berdasarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

bantuan tunai sekali bayarBAP RM150
https://lomp.at/9y9z9
Share23Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Berita

Pegawai Farmasi Kontrak Tarik Nafas Lega, Akhirnya Ada Khabar Baik Dari Kerajaan

by Ayu Kamaruddin
December 31, 2025

Isu status pegawai farmasi kontrak menghantui warga kesihatan akhirnya menunjukkan perkembangan positif. Respons pantas kerajaan terhadap kebimbangan pegawai farmasi kontrak...

Read moreDetails
Berita

Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

by Nurul A.
February 19, 2026

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Bantuan Awal Ramadan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA One-Off)...

Read moreDetails
Insentif

Semua Aliran Sekolah Wajib Ambil BM & Sejarah Dalam SPM, Ini Sebab Yang Perlu Anda Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Kerajaan menetapkan semua aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) wajib mengambil subjek Bahasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore