Monday, August 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Bawakan 3 Lagu Hits, Calum Scott Pukau Tetamu Di Era Of Live Party

by Phic ARMAN
March 19, 2019
Share on Facebook

Semalam, (18/3) bertempat di Hotel W Kuala lumpur, berlangsungnya Era Of Live Party bersama Samsung dan E! oleh Media Prima TV Networks secara eksklusif dengan membawakan penyanyi dari Britain, Calum Scott untuk membuat persembahan acara kemuncak pada malam itu.

Calum Scott menghiburkan para tetamu undangan dengan membawa 3 lagu hitnya iaitu No Matter What, You Are The Reason dan Dancing On My Own, lagu yang dinyanyikan semasa audisi sehingga dia menjadi juara  Britain’s Got Talent pada tahun 2015.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Pada yang tak mengenali Calum, penyanyi yang lahir di Kingston Upon Hull, England ini mula menjadi perhatian ketika dia menyanyikan lagu Dancing On My Own milik Robin Miriam Carlsson. Video audisi Calum itu benar-benar viral di tahun itu.

E! News

YouTube video

Semalam juga 18 Mac 2019, buat pertama kali Episod baru E! Media Prima TV Networks  disiarkan setiap Isnin dan Khamis pada jam 9 malam di saluran YouTube TV3.

Saluran E! Media Prima TV Networks  yang memaparkan kandungan hiburan, gaya hidup dan fesyen antarabangsa ini hanya disiarkan selama 10 minit di YouTube dan dua minit di TV3 kerana ada kandungan yang tidak sesuai disiarkan di TV. Di majlis pelancaran E! Media Prima TV Networks, Johan Ishak turut akui siaran dua minit di TV lebih kepada menepati piawaian Lembaga Penapisan Filem (LPF) berbanding platform digital.

Hos yang akan mengendalikan E! News adalah Aaron Al Fateh, Chrystina Ng dan Tasha Aleai.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50

Pada malam tersebut juga, tetamu dan para media berpeluang merasai pengalaman  melihat pelbagai variasi telefon pintar terbaru dari Samsung. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi untuk dimiliki. Lebih menarik, 3 selebriti popular seperti Nabila Razali, Haqiem Rusli dan Ismail Izzani turut teruja mempamerkan keunikan pada telefon pintar ini.

Samsung Galaxy A30 dan Galaxy A50 antara yang diperkenalkan pada malam itu. Kedua-dua peranti ini menggunakan skrin yang sama, iaitu 6.4-inci Super AMOLED, resolusi FHD+ dengan perlindungan Gorilla Glass 3. Seterusnya, kedua-dua peranti Samsung ini adalah dua peranti kelas pertengahan Samsung pertama yang menjalankan One UI berasaskan Android Pie.

Samsung Galaxy A50 dijual pada harga RM1199 dan Samsung Galaxy A30 pula dijual pada harga RM799. Warna yang ditawarkan buat kedua-dua peranti ini adalah putih, hitam dan biru.

https://lomp.at/9683u
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem