Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Bukan Istanbul Sahaja! Erzincan Di Türkiye Simpan Keindahan Alam Yang Ramai Pelancong Belum Terokai

by Phic ARMAN
October 13, 2026
Share on Facebook

Pernah terfikir untuk bercuti tanpa jadual padat, kesesakan kota atau keinginan memeriksa telefon setiap lima minit? Kalau anda sedang mencari percutian yang membolehkan minda berehat sambil menikmati keindahan alam, Erzincan di Türkiye mungkin destinasi yang patut masuk dalam senarai.

Erzincan, Türkiye Ada Karanlık Canyon Yang Mengagumkan

Terletak di Anatolia Timur, Erzincan menawarkan gabungan warisan Laluan Sutera dan landskap semula jadi yang memukau.

Antara tarikan utamanya ialah Karanlık Canyon di Kemaliye, sebuah ngarai yang terkenal dengan tebing batu tinggi dan pemandangan dramatik. Menurut Portal Kebudayaan Türkiye, kawasan ini sesuai untuk aktiviti seperti mendaki batu, berkayak, berakit dan meneroka ngarai.

Karanlık Canyon

Bagi pencinta cabaran, Taş Yol atau Jalan Batu sepanjang tujuh kilometer pula dibina dengan menebuk batuan keras, merentasi tebing setinggi 400 hingga 500 meter. Memang cantik, tetapi kalau gayat, mungkin lebih baik menikmati pemandangan dari lokasi yang selamat!

Tasik Merah Otlukbeli Dan Air Terjun Girlevik

Satu lagi tarikan unik ialah Otlukbeli Lake, tasik yang terbentuk melalui mendapan travertin daripada air kaya mineral. Warna kemerah-merahannya menjadikan kawasan ini kelihatan berbeza daripada tasik biasa.

Anda juga boleh singgah di Girlevik Waterfall yang menawarkan pemandangan menarik sepanjang tahun. Ketika musim luruh, dedaunan berwarna-warni menambahkan seri, manakala musim sejuk boleh menyaksikan air terjun membeku.

Dari Trekking Hingga Bermain Ski Di Gunung Ergan

Jika anda gemarkan aktiviti luar, Erzincan turut menawarkan trekking, perkhemahan, paragliding dan pengembaraan merentas kawasan pergunungan Munzur serta Esence.

Gunung Ergan

Bagi peminat sukan musim sejuk, Gunung Ergan menjadi pilihan untuk bermain ski dan menikmati suasana bersalji.

Jangan lupa singgah di Dumanlı Highlands untuk berjalan santai dikelilingi kehijauan atau meneroka Üzümlü yang terkenal dengan anggur Cimin.

Pendek kata, Erzincan bukan sekadar destinasi untuk mengisi galeri telefon. Di sini, anda boleh memperlahankan rentak hidup, menghirup udara segar dan menikmati percutian yang lebih

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Girlevik Waterfall
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Namtan Tipnaree Datang Malaysia September Ini, BONIA Bawa Pengalaman ‘Find Your Rhythm’

by Phic ARMAN
September 4, 2026

Peminat Namtan Tipnaree, get ready! Kalau selama ini hanya mampu melihat pelakon, penyanyi dan usahawan popular Thailand ini menerusi skrin,...

Read moreDetails
Coffee Terrace
LifeXplore

Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

by Nurul A.
August 14, 2026

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman...

Read moreDetails
Cuckoo Malaysia, Cuckootopia
LifeXplore

Lee Junho Bakal Temui Peminat Di Cuckootopia, Khas Untuk Ulang Tahun Ke-12 Cuckoo Malaysia

by Nurul A.
August 31, 2026

Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy...

Read moreDetails
Rasa Kita, Cerita Kita
LifeXplore

“Rasa Kita, Cerita Kita”- Luckin Coffee & Kisah Bawah Tanah Bersatu Sempena Merdeka Ini!

by Nurul A.
August 16, 2026

Sempena bulan patriotik ini, Luckin Coffee mengumumkan kolaborasi patriotik bermusim bersama Kisah Bawah Tanah, siri animasi dewasa pertama di Malaysia...

Read moreDetails
LifeXplore

Di Sebalik Kerugian, Ini Strategi AirAsia Untuk Bangkit

by Phic ARMAN
August 14, 2026

AirAsia Group Berhad mencatatkan kerugian bersih RM830.5 juta bagi suku kedua 2026 (2Q26), ketika industri penerbangan berdepan tekanan besar susulan...

Read moreDetails
2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

PENTARAMA Merdeka@HOHO Kembali! Jelajah KL Sambil Semarakkan Semangat Merdeka

by Phic ARMAN
August 23, 2026

Kalau anda kebetulan berada di sekitar Kuala Lumpur hari ini, jangan terkejut kalau suasana bandar terasa sedikit berbeza. Mana tidaknya,...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara