Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Bendera PKR Berkibar Di Stadium Perlawanan Senegal & Poland

by Zaidin Albert
June 20, 2018
Share on Facebook

Sejak Piala Dunia 2018 membuka tirainya yang kini berlangsung di Russia, nampaknya rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran masing-masing di kaca TV.

Tidak kira di kedai mamak 24 jam mahupun di rumah, rata-rata peminat bola sepak akan berkumpul beramai-ramai menantikan perlawanan yang bermula seawal 6 petang dan paling lewat jam 2 pagi.

Seperti yang kita tahu, semalam telah berlangsungnya perlawanan diantara Senegal dan Poland. Kemenangan akhirnya berpihak pada negara Afrika Barat itu. Tapi bagi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang menarik perhatian mereka. Bukan biasa-biasa ni!

Menurut tinjauan kami di laman twitter, lelaki ini telah berkongsi satu foto dimana bendera PKR telah digantung di sudut Stadium di Russia.

Kredit: @bukanwanted

Foto itu telah mendapat banyak perkongsian di sosial media itu. Di ruangan komen, beberapa orang turut berkongsi foto rakyat Malaysia di Russia bersama bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Dalam perlawanan tersebut kesilapan pertahanan Poland menyebabkan mereka menjaringkan gol sendiri menerusi Thiago Cionek pada minit ke-37 sekali gus membolehkan Senegal mendahului kedudukan jaringan.

Senegal terus menguasai perlawanan apabila berupaya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-60 menerusi jaringan M’Baye Niang.

Sumber OhBulan

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
pakatan harapanParti Keadilan Rakyat (PKR).Piala Dunia 2018polandSenegal
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara