Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Berat Badan Tetap Ideal & Makin Glowing, Cinta Laura Dedah Hanya Makan…

by Soph Azz
April 10, 2023
Foto - Twitter

Foto - Twitter

Share on Facebook

Ada yang masih ingat dengan Cinta Laura Kiehl yang dulunya pernah popular dengan sinetron “Upik Abu dan Laura”?

Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pelakon Cinta Laura masih lagi memiliki bentuk badan ideal dari dulu sehingga sekarang. Pelakon kacukan Jerman-Indonesia ini terkenal dengan rutin gaya hidupnya yang rajin bersenam hingga merancang diet yang sihat serta berdisplin.

Bercakap soal diet, kebanyakan selebriti sering amalkan diet yang strict dan ada yang tak boleh ikut kerana bahaya. Tetapi Cinta Laura pula, amalkan diet yang sihat tanpa menyeksakan badan. Disebabkan oleh itu, ramai yang ikuti dietnya kerana mudah, cukup nutrisi yang diperlukan badan dan selamat.

Nak tahu apa dietnya…. Baca di bawah segera!

Beras digantikan dengan quinoa atau beras perang 

Daripada makan beras putih, Cinta Laura akan cuba gantikannya dengan beberapa bahan yang lain seperti quinoa. Ini kerana quinoa merupakan sumber karbohidrat yang kaya dengan antioksidan, serta, magnesium dan zat besi, di mana ia boleh membantu pertumbuhan otot, serta mencegah kanser.

Foto – Twitter

Kalau rasa tak boleh makan quinoa, kamu juga boleh gantikan dengan beras perang. Makan beras perang boleh mengenyangkan kamu dalam masa yang lama, menurunkan berat badan dan sesuai untuk diet.

Sumber protein sentiasa dalam stok Cinta Laura 

Tidak meninggalkan sumber protein, antara makanan yang sering diambil oleh Cinta Laura adalah salmon dan dada ayam. Dedahnya salmon boleh bantu kekalkan berat badan, cegah keradangan, turunkan berat badan dan berikan tenaga. Manakala dada ayam pula merupakan makanan yang rendah kandungan lemak. Jadi bila makan dada ayam, badan akan lebih bersedia untuk bersukan, otot menjadi kuat dan tak mudah tulang nak reput.

Wajib makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Bila diet, penting untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini kerana kedua-duanya mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan, rendah kalori,  melancarkan peredaran darah dan meningkatkan imun badan. Jadi kalau tak ambil sayur-sayuran dan buah-buahan, rugilah berdiet.

Foto – Pinterest

Bagi Cinta Laura, antara buah kegemarannya adalah avokado, markisa dan beri. Manakala sayur-sayuran pula, dia akan utamakan sayuran hijau.

Gantikan susu biasa dengan susu oat

Tak lagi mengambil susu haiwan disebabkan oleh keradangan, Cinta Laura cuba gantikannya dengan susu oat. Katanya susu oat dapat membantu membaiki dan menyokong pertumbuhan otot apabila kamu seorang yang suka bersenam.

Foto – Pinterest

Kalau tak berminat dengan susu oat, kamu boleh gantikan dengan susu sayuran yang diperbuat daripada bijirin gandum.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cinta laura kiehldiet cinta laura kiehltips kurus cinta laura
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan Jantung
Kesihatan

Anggapan “Saya Masih Muda” Boleh Jadi Satu Risiko Kepada Kesihatan Jantung?

by Nurul A.
August 5, 2026

“Penyakit jantung? Saya masih muda, tidak perlu risau lagi.”- Menurut pakar perunding kardiologi Datuk Dr Rosli Mohd Ali, tanggapan seperti inilah...

Read moreDetails
Foto - Maaedicare
Kesihatan

Malam ‘Hope & Healing’, Hampir 770 Pesakit Dialisis Peroleh Manfaat Perkhidmatan Maaedicare

by Nurul A.
July 27, 2026

Yayasan Amal Maaedicare (Maaedicare) berjaya menganjurkan gala pengumpulan dana tahunannya, 'A Night of Hope & Healing: Shine a Light, Save...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara