Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Berjaya Pukau 9,000 Peminat, Konsert Sheila Majid 40 Years In Music ‘Sold Out’!

by Naddy Joe
November 11, 2025
Share on Facebook

Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid berjaya memukau 9,000 peminat dengan konsert mega solo pertama berskala besar di Axiata Arena, Bukit Jalil menerusi ‘Sheila Majid 40 Years In Music’ pada Sabtu.

Membawakan tema keraian yang penuh warna-warni sebagai tanda manis perjalanan empat dekad Sheila Majid, pihak penganjur iaitu Altus Prohouse menyifatkan Sheila Majid In 40 Years In Music bukan sebuah konsert tribute tetapi sebuah perjalanan yang menyaksikan karier sang legenda tidak pernah berakhir.

“Sheila Majid 40 Years In Music jua bakal menjadi sejarah abadi yang merayakan satu-satunya Ratu Jazz dan legenda kita, Sheila Majid. Kami sedang meraikan evolusi yang dibawa Sheila Majid.”-Kata pihak penganjur

View this post on Instagram

“Ini Adalah Anugerah Buat Saya..”

Dalam pada itu, Sheila Majid atau nama penuhnya Datuk Shaheila Majid mengakui tidak menyangka dirinya masih mempunyai peminat yang tidak berhenti memberikan sokongan sejak 40 tahun lepas dalam industri seni.

“Empat dekat atau 40 tahun satu fasa perjalanan karier yang cukup panjang. Saya juga tidak pernah menyangka memiliki keberuntungan dicintai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya sejak 40 tahun lepas.

Ini adalah anugerah buat saya. Keberadaan empat dekad saya dalam industri seni Nusantara juga bukan hasil individu tetapi saya telah bertuah kerana mendapat khidmat  ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang membantu karier saya sehingga kini. 

Jadi Sheila Majid 40 Years in Music adalah tribute terhadap banyaknya pembabitan  individu-individu hebat di belakang saya dan menjadi tanda manis kepada karier saya yang  masih diterima baik oleh generasi kini.”-kata Sheila Majid

Persembahkan 25 Buah Lagu

Selama hampir tiga jam persembahan, figura ikonik ini membawakan 25 buah lagu menerusi album hitnya sejak 1980-an sehinggalah 2025 menerusi lagu seperti Warna, Bahagia, Nada, Dia, Inikah Cinta, Catat, Embun, Ratu, Didalam Emosi Ini, Medley: Gerimis Semalam, Gemilang, Relakan, Datanglah Dalam Mimpi, Selamanya, Antara Anyer Dan Jakarta.

Puteri Sulung Beri Persembahan Istimewa

Bukan itu sahaja, anak sulung kepada penyanyi berusia 60 tahun ini iaitu Kayda hadir membuat persembahan istimewa bersama ibunya pada segmen ketiga konsert menerusi lagu Boneka.

Kehadiran Selebriti Hebat

Konsert Sheila Majid ini turut dihadiri para selebriti hebat seperti Anuar Zain, Datuk M. Nasir, Jaclyn Victor, Nur Fazura, Misha Omar, Ella, dan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Tahniah diucapkan kepada penganjur Altus Prohouse kerana telah menjayakan konsert ini dan juga OPR Network kerana telah menjemput MURAI ke konsert.

Kesempatan untuk menyaksikan persembahan hebat ini tentunya memberi inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara. Semoga lebih banyak lagi konsert seperti ini diadakan di masa hadapan, membawa lebih banyak keceriaan dan pengalaman indah kepada semua

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sheila majid
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara