Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Caltex Malaysia Perluas Fuel Your School Ke Perak, Bantu 10 Sekolah Dengan Sistem Akuaponik Pintar

by Phic ARMAN
June 26, 2026
Share on Facebook

Program tanggungjawab sosial Fuel Your School (FYS) oleh Caltex Malaysia kini memasuki edisi ke-11 dengan membawa berita baik kepada 10 sekolah terpilih di Perak apabila masing-masing bakal menerima sistem akuaponik pintar bagi memperkasakan pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).

Selepas kejayaan pelaksanaannya di Johor dan Kelantan, program ini kini diperluaskan ke wilayah utara dengan kerjasama MyKasih Foundation dan HAVVA Agrotech serta mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui inisiatif ini, pelajar bukan sahaja belajar teori di dalam kelas, malah berpeluang mengendalikan sendiri sistem akuaponik moden yang mampu menghasilkan sayur-sayuran, herba, mikrohijau, buah-buahan serta ikan. Selain itu, guru dan pelajar turut diberikan latihan khas bagi memastikan sistem tersebut dapat dimanfaatkan secara berterusan.

Menurut Pengerusi Negara Caltex Malaysia, Leong Jee Wong, program ini bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar yang berminat dalam bidang STEM, selain membantu membina komuniti yang lebih mampan melalui pendidikan dan keselamatan makanan.

Sejak diperkenalkan pada 2012, Fuel Your School telah memberi manfaat kepada lebih 112,000 rakyat Malaysia. Malah, program akuaponik yang dimulakan sejak 2024 di Johor dan diteruskan di Kelantan berjaya merekodkan hasil tuaian lebih 1,235 kilogram sayur-sayuran serta 210 kilogram ikan dalam tempoh dua tahun.

Lebih menarik, setiap sekolah yang menyertai program ini turut ‘diangkat’ oleh stesen minyak Caltex tempatan yang akan terus memberi sokongan melalui pelbagai aktiviti dan kerjasama bagi memastikan manfaat program dapat dinikmati dalam jangka masa panjang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
caltex malaysiaFuel Your SchoolLeong Jee Wong
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara