• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Cantiknya Kulit Bintang Money Heist Jongseo Jun, Rahsianya Hanya Guna ‘Ini’

by Lisa Ghani
January 17, 2023
Foto - Eucerin

Foto - Eucerin

Share on Facebook

Melihat menerusi kaca televisyen sudah terlihat cantik, apa lagi bila di depan mata. Fizikal tinggi lampai, kurus, serta kulit wajah berkaca, Jongseo Jun sangat fotogenik. Memang bikin kita cemburu melihat dirinya.

Itulah penangan bintang Money Heist Jongseo Jun yang datang ke Malaysia baru-baru bagi pelancaran produk kecantikan Eucerin. Mengenakan solekan yang minimal menyerlahkan lagi kulit wajah bintang hebat ini.

Nak tahu, kamu pun boleh mendapatkan kulit kaca dengan mengikut rutin Jongseo Jun. Rangkaian Eucerin Even Radiance dicipta untuk membantu pengguna memperoleh kulit kaca Korea yang jelas terhidrat dan berseri.

Foto – Eucerin

Kata Eucerin;

Trend Korea berkembang pantas di seluruh dunia, jadi satu perkara yang sentiasa menonjol adalah betapa berserinya kulit mereka terutama di bawah cahaya malap.

Dengan inovasi serta teknologi Jerman yang lebih 100 tahun bersama pakar kulit Asia, Eucerin komited untuk mencergaskan semula kulit kamu dan menawarkan rangkaian produk yang sudah pasti akan membantu kamu mendapatkan rupa “kulit kaca” tersebut.

Dapat kulit kaca Jongseo Jun dengan rangkaian Even Radiance

Eucerin memperkenalkan tiga produk baru di bawah rangkaian Even Radiance yang mempunyai keberkesanan 3x lebih tinggi berbanding Vitamin C. Ia mampu memberikan kulit berseri dan menggandakan kesan pemulihan, gebu dan menyegarkan semula.

Kini kamu boleh mencapai kilauan ‘kulit kaca’ dengan 90% lebih cerah dan 91% kulit lembap berseri dalam masa 2 minggu.

Rangkaian Even Radiance menampilkan bahan utama yang terbukti secara klinikal;

Foto – Eucerin
  • Niacinamide & Ekstrak Likuoris – Antioksidan mujarab yang meneutralkan radikal bebas akibat sinaran UV, faktor persekitaran dan gaya hidup untuk mengurangkan kekusaman kulit pada puncanya. Ia menangani kekusaman kulit dengan menghalang kesan kerosakan kulit akibat UVB dan mempercepatkan penyembuhan pada tahap sel untuk kulit 90% lebih cerah.
  • Aqua GG & Panthenol – Dua bahan aktif pelembap generasi baru yang mampu diserap jauh ke dalam kulit tanpa rasa berminyak. Bahan ini mempunyai ciri melembap, menenangkan dan menghidupkan semula kulit 91% lebih segar berseri.

Tiga produk rangkaan Even Radiance terdiri daripada Water Gel Moisturizer (RM138), Duo Ampoules: Ampul Bright & Glow (RM169) dan Dark Eye Circle Corrector (RM160).

Foto – Eucerin

Kamu boleh mendapatkan produk rahsia Jongseo Jun di semua farmasi di seluruh Malaysia.

bintang money heisteucerinjongseo jun
https://lomp.at/xtj3q
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Anak-Anak Sertai Kelas Renang, Netizen Puji Sikap Qadejah

  2. 2

    Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

  3. 3

    [VIDEO] Fazura Dikecam Netizen Gara-Gara Perkataan ‘SINGLE’-“Tolonglah Move On Netizen”

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Issac Raees Bergurau Dengan Zahirah Macwilson, Cuit Hati Peminat

  5. 5

    [VIDEO] Nabil Ahmad Menyakat Anak Perempuan Ramli MS Raih Perhatian Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem