Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Courtyard by Marriott Bakal Buka Di Penang Mainland, Bukit Mertajam

by Phic ARMAN
July 20, 2026
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau sebelum ini kebanyakan pelancong lebih sinonim dengan George Town, nampaknya Penang Mainland bakal jadi satu lagi spot yang patut diberi perhatian. Marriott International bersama Iconic Group baru sahaja memeterai perjanjian untuk membawa jenama Courtyard by Marriott Penang Icon City ke Bukit Mertajam.

Menurut MURAI, perkembangan ini memang menarik kerana Penang Mainland kini bukan lagi sekadar kawasan persinggahan. Dengan kewujudan kawasan industri besar seperti Prai Free Industrial Zone, Penang Science Park, Batu Kawan Industrial Park dan Kulim Hi-Tech Park, permintaan untuk hotel berkualiti tinggi semakin meningkat, bukan sahaja untuk pelancong, tetapi juga golongan corporate traveller.

Courtyard by Marriott Dengan 196 bilik dengan fasiliti lengkap

Dijangka dibuka pada Disember 2026 selepas proses penjenamaan semula Iconic Hotel Penang, Courtyard by Marriott Penang Icon City bakal menawarkan 196 bilik tetamu dengan konsep moden yang sesuai untuk pengunjung bisnes mahupun leisure.

Penjenamaan semula Iconic Hotel Penang, Courtyard by Marriott Penang Icon City
Penjenamaan semula Iconic Hotel Penang, Courtyard by Marriott Penang Icon City

Antara fasiliti yang bakal tersedia termasuk restoran sepanjang hari, kafe, bar, kolam renang terbuka, pusat kecergasan lengkap dengan sauna dan bilik wap. Untuk acara pula, hotel ini akan menyediakan ballroom seluas 640 meter persegi serta dua ruang mesyuarat tambahan.

Bagi MURAI, langkah Marriott membawa masuk jenama Courtyard ke Bukit Mertajam adalah satu ‘upgrade moment’ untuk kawasan tersebut. Ia menunjukkan bagaimana lokasi yang dahulunya lebih dikenali sebagai pusat industri kini mula berkembang sebagai destinasi penginapan dan gaya hidup.

Courtyard by Marriott Bakal Buka Di Penang Mainland

Dengan akses mudah melalui Lebuhraya Utara-Selatan serta dekat dengan lapangan terbang, hotel ini berpotensi menjadi pilihan baharu untuk mereka yang mahu pengalaman menginap lebih premium di sebelah tanah besar Pulau Pinang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Courtyard By Marriott
Share20Tweet13SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Fahmi Fadzil Ajak Rakyat ‘Meriahkan’ Merdeka, 200 Kenderaan Terawal Dapat Magnet Jalur Gemilang

by Phic ARMAN
August 11, 2026

Bulan Kebangsaan dah mula terasa bahangnya! Tapi kali ini, bukan sekadar bendera di rumah. Jalur Gemilang turut dibawa ‘jalan-jalan’ bersama...

Read moreDetails
Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Koleksi hijab pertama UNIQLO Malaysia
Fesyen

UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

by Nurul A.
August 5, 2026

UNIQLO bakal memperkenalkan koleksi hijab pertamanya di Malaysia, menandakan satu peristiwa penting bagi peruncit global itu kerana ia memperluaskan falsafah...

Read moreDetails
LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kembali Di Mata Dunia, Litar Antarabangsa Sepang Simpan 6 Cerita Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

by Phic ARMAN
July 27, 2026

Selepas sekian lama tidak menjadi pentas utama Formula 1, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kembali mencuri perhatian apabila Malaysia bakal menjadi...

Read moreDetails
LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
LifeXplore

Vietjet Tambah Penerbangan KL–Ho Chi Minh City, Lancar Promosi Tambang Murah

by Phic ARMAN
July 8, 2026

Jika Vietnam berada dalam senarai destinasi impian anda, inilah masa yang sesuai untuk merancang percutian. Syarikat penerbangan tambang rendah Vietjet...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @The Daughter Bakes
LifeXplore

Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

by Farah Fatihah
July 4, 2026

Kalau bercakap tentang Kota Bharu, ramai biasanya terfikir tentang makanan tradisi Kelantan yang kaya dengan rasa. Namun, siapa sangka di...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara