Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Ini Senarai Harga Tambang ECRL Yang Rasmi, Bermula RM60!

by Phic ARMAN
October 19, 2026
Share on Facebook

Berita baik buat anda yang kerap berulang-alik ke Pantai Timur! Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal menawarkan pilihan perjalanan baharu dengan tambang kelas Ekonomi bermula RM60 sehala bagi laluan Gombak ke KotaSAS, Kuantan.

Kerajaan meluluskan pelaksanaan mekanisme tambang dinamik ECRL pada 16 Oktober 2026, menjelang operasi komersial yang disasarkan bermula pertengahan Disember ini.

Menariknya, perjalanan Ekspres dari Gombak ke Kota Bharu dijangka mengambil masa sekitar empat jam sahaja. Jadi, buat anda yang selalu pening kepala memikirkan kesesakan lebuh raya ketika musim cuti, mungkin ini alternatif yang patut dipertimbangkan.

Senarai Harga Tambang ECRL Gombak Ke Pantai Timur

Berikut ialah kadar tambang permulaan bagi perjalanan sehala mengikut destinasi dan jenis perkhidmatan:

1. Gombak – Kota Bharu (523 kilometer)

  • Transit: RM125
  • Ekspres: RM147

2. Gombak – Kuala Terengganu (378 kilometer)

  • Transit: RM95
  • Ekspres: RM110

3. Gombak – KotaSAS, Kuantan (209 kilometer)

  • Transit: RM60
  • Ekspres: RM68

Kadar tambang permulaan yang sama turut terpakai bagi perjalanan arah bertentangan.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Transit berhenti di setiap stesen yang dijadualkan, manakala Ekspres hanya memberi tumpuan kepada empat stesen utama, iaitu Gombak, KotaSAS, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

Tambang ECRL Boleh Berubah, Siapa Layak Dapat Diskaun?

Perlu diingat, harga di atas merupakan tambang permulaan. Menerusi mekanisme tambang dinamik, harga tiket boleh berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Topik Berkaitan Apa Akan Jadi Bila ECRL Siap? Ini Antara Perubahan Yang Ramai Tak Jangka

Dalam masa sama, diskaun 50 peratus ditawarkan kepada kanak-kanak berumur dua hingga 12 tahun, warga emas berusia 60 tahun ke atas, pemegang kad OKU dan pesara kerajaan. Pelajar berumur 13 hingga 24 tahun pula layak menikmati diskaun 40 peratus.

Penjualan tiket rasmi dijadualkan bermula pada pertengahan November 2026, manakala operasi komersial penumpang disasarkan pada pertengahan Disember ini, tertakluk kepada kelulusan keselamatan berkaitan.

Jadi, kalau anda merancang perjalanan ke Pantai Timur, bolehlah mula menyusun jadual dari sekarang. Maklumat lanjut mengenai tambang dan tiket boleh disemak menerusi laman rasmi ECRL di www.ecrl.com.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
ECRL
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bacaan Yasin Untuk Allahyarhamah Tun Siti Hasmah Di Roblox Curi Perhatian

by Phic ARMAN
September 29, 2026

Siapa sangka platform yang selama ini sinonim dengan avatar, game dan dunia virtual pula menjadi lokasi anak muda berkumpul untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

ASA 2026 Terima 1,601 Pencalonan, Malam Kemuncak Berlangsung 24 Oktober Ini

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 terus mengiktiraf sumbangan penggiat industri penyiaran dan media menerusi penganjuran edisi ke-37 yang bakal berlangsung...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Travel Dari Subang? Batik Air Ada 9 Destinasi, Bagasi Percuma & Tawaran Merdeka

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini,  Batik Air bukan sekadar meraikan semangat kebangsaan. Sebaliknya, syarikat penerbangan itu turut memperkukuh kehadirannya di...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Intermark Mall
LifeXplore

Serasa Merdeka 2.0: Intermark Mall & Play Nation Hidupkan Semula Kemeriahan Malaysia

by Nurul A.
August 27, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, suasana yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia dihidupkan semula di Intermark Mall menerusi sambutan...

Read moreDetails
LifeXplore

PENTARAMA Merdeka@HOHO Kembali! Jelajah KL Sambil Semarakkan Semangat Merdeka

by Phic ARMAN
August 23, 2026

Kalau anda kebetulan berada di sekitar Kuala Lumpur hari ini, jangan terkejut kalau suasana bandar terasa sedikit berbeza. Mana tidaknya,...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
LifeXplore

“KFC & McD Di Jepun Tak Halal”- Perkongsian di Threads Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
September 23, 2026

“Kalau Nak Halal, Pergilah Negara Timur Tengah.” Itu antara respons yang muncul selepas seorang pengguna Threads berkongsi peringatan mengenai makanan...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara