Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Urbanscapes 2026 Kembali Selepas 7 Tahun, Ini 5 Perkara Menarik Yang Anda Tak Patut Terlepas!

by Phic ARMAN
October 21, 2026
Share on Facebook

Selepas tujuh tahun menyepi, Urbanscapes akhirnya kembali menghidupkan Kuala Lumpur dari 31 Oktober hingga 15 November 2026. Menariknya, kali ini pengunjung boleh menikmati pelbagai pengalaman seni, muzik dan aktiviti komuniti secara percuma di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

Mengangkat semangat Made Different, Urbanscapes 2026 kembali memberi perhatian kepada seniman, pemuzik dan pengkarya tempatan. Bukan sekadar acara untuk bergambar cantik di media sosial, platform ini turut membuka ruang untuk orang ramai mengenali cerita di sebalik karya dan individu yang membentuk budaya kreatif Kuala Lumpur.

Jadi, apa yang menarik tentang kemunculan semula Urbanscapes kali ini? Ini lima perkara yang anda perlu tahu!

1. Urbanscapes 2026 Kembali Dengan Pengalaman Percuma

Berlangsung dari 31 Oktober hingga 15 November 2026, Urbanscapes menawarkan pelbagai pengalaman kreatif di sekitar Kuala Lumpur. Menurut pengasasnya, Adrian Yap, penganjuran kali ini kembali kepada asas dengan memberi perhatian kepada idea dan karya, bukan semata-mata produksi berskala besar.

Lebih menarik, kemunculan ini menjadi langkah awal menuju sambutan ulang tahun ke-25 Urbanscapes pada 2027.

2. Udara Fest Bawa Seni Ke TRX

Menerusi segmen Everyday Inspiration, Studio Soüfflé mempersembahkan Udara Fest di TRX dengan instalasi kembung berskala besar di laluan pejalan kaki.

Reka bentuknya yang ceria memberikan kontras kepada seni bina moden kawasan kewangan itu. Barangkali inilah peluang untuk melihat ruang bandar daripada perspektif berbeza, bukan sekadar lalu-lalang mengejar urusan kerja.

3. CRE.ATE 2026 Himpunkan Pencipta Kandungan

Bagi yang berminat dengan dunia kreatif dan perniagaan, CRE.ATE 2026 oleh Cult Creative di Sky Society KL menawarkan sesi perkongsian, bengkel praktikal, ruang jualan dan aktiviti komuniti.

Antara nama yang terlibat ialah Shalma Ainaa, Kim May Chee dan Dee Alimin. Pengunjung boleh mendengar sendiri pengalaman membina kerjaya serta perniagaan kreatif. Siapa tahu, idea yang selama ini tersimpan dalam kepala akhirnya mendapat jalan untuk direalisasikan?

4. Muzik, Kopi Dan Nostalgia Kuala Lumpur

Segmen Shared Moments turut membawa Past Forward ke Bangunan Sultan Abdul Samad, lengkap dengan persembahan muzik, bengkel dan pertandingan Shell Café Barista Cup.

Di APW Bangsar pula, Long Time No See mengimbau suasana penghujung dekad 2000-an menerusi muzik, makanan dan kolaborasi kulinari. Pameran Night Shift pula menyelami kehidupan malam Kuala Lumpur antara 1997 hingga 2003 melalui foto, poster, risalah dan temu bual.

Bagi generasi yang pernah melalui era tersebut, ini mungkin peluang mengimbau kenangan. Bagi Gen Z pula, inilah masa mengenali sejarah budaya kota sebelum semuanya hanya menjadi kandungan throwback.

5. Sunny Days Tampilkan Bakat Baharu

Menjelang hujung minggu terakhir, Sunny Days di TRX bakal mengetengahkan bakat baharu dalam muzik, fesyen, makanan, reka bentuk dan budaya jalanan. Sunny Stage pula dikurasi oleh Off The Track.

Spritzer turut menyokong acara ini sebagai Rakan Hidrasi Rasmi, termasuk menerusi Hydration House di TRX dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Jadi, jika anda mencari aktiviti hujung minggu yang menggabungkan seni, muzik dan komuniti, Urbanscapes 2026 boleh masuk dalam senarai. Untuk maklumat lanjut tentang program, kemasukan dan pendaftaran, ikuti akaun rasmi Urbanscapes di Instagram, Facebook dan TikTok.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Urbanscapes
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Intermark Mall
LifeXplore

Serasa Merdeka 2.0: Intermark Mall & Play Nation Hidupkan Semula Kemeriahan Malaysia

by Nurul A.
August 27, 2026

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, suasana yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia dihidupkan semula di Intermark Mall menerusi sambutan...

Read moreDetails
PUMA Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur
LifeXplore

“We Own The Week”, PUMA Bawa Litar Perlumbaan F1 Di Tengah Pavilion Kuala Lumpur

by Nurul A.
September 24, 2026

Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Grand Prix Bahrain, PUMA Malaysia melancarkan kempen "We Own The Week", membawa keterujaan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Sekadar Ratu Cantik, Jawapan Kavitha Malathy Tentang Alam Sekitar Curi Perhatian!

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Bukan sekadar kecantikan dan penampilan di atas pentas, Kavitha Malathy membuktikan bahawa seorang wanita juga mampu membawa suara masyarakat serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Hari Malaysia 2026: Ini Cara SITI KHADIJAH Raikan Kepelbagaian Malaysia

by Phic ARMAN
September 16, 2026

Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia? Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
LifeXplore

Senipis 5.1mm! Samsung Galaxy Tab S12 Ultra Sudah Tiba Di Malaysia

by Phic ARMAN
October 2, 2026

Kalau anda rasa tablet sekarang sekadar tempat tengok Netflix, buka TikTok dan sesekali balas e-mel, mungkin sudah tiba masa untuk...

Read moreDetails
LifeXplore

Niezam Zaidi Tinggalkan Watak ‘Red Flag’

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Kalau anda fikir Sumpahan Mencintai sekadar kisah lelaki benci perempuan sebelum akhirnya jatuh cinta, mungkin kena tunggu dulu. Drama arahan...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
LifeXplore

LahLahLand 2026 Kembali, Kali Ini Lagi Banyak Benda Nak ‘LAH’

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau anda rasa festival gaya hidup sekarang semuanya lebih kurang sama, ada muzik, makanan dan jualan, mungkin LahLahLand 2026 boleh...

Read moreDetails
Baskin-Robbins
LifeXplore

Baskin-Robbins Bawa Kamu Terbang Ke Jepun Dengan 3 Perisa Baharu

by Nurul A.
October 7, 2026

Baskin-Robbins Malaysia membawa rakyat Malaysia menikmati pengalaman rasa ala Jepun menerusi pelancaran Siri Musim Panas Jepun (Japan Summer Series). Menampilkan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara