Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

COVID-19: MYEG Perkenalkan Kit Ujian Pantas, Keputusan Diketahui Dalam 30 Minit

by Phic ARMAN
March 16, 2020
30
KONGSIAN
Share on Facebook

MY E.G. Services Berhad hari ini memperkenalkan kit ujian pantas bagi virus COVID-19 di Malaysia dan Filipina, satu inovasi yang menawarkan penambahbaikan kepada kemudahan dan keberkesanan ujian berbanding kaedah sedia ada.

MYEG kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa bagi penggunaan kit ujian itu dan akan menerima pra-tempahan menerusi laman web www.myeg.com.my di Malaysia dan myeg.ph di Filipina.

Kit ujian pantas virus COVID-19

Kit berkenaan berharga RM99 setiap satu dan dijual sepaket yang mengandungi 10 kit pada harga RM990. Dibangunkan oleh syarikat diagnostik terkemuka dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa berkaitan kesihatan di China, kit ini yang telah digunakan secara meluas membolehkan pengesanan kualitatif dilakukan menerusi sampel ujian darah yang diambil di hujung jari.

Sampel itu kemudiannya diletakkan pada jalur ujian untuk mengesan kehadiran antibodi IgM dan IgG yang biasanya dihasilkan antara 3-7 hari selepas jangkitan dan sesuai digunakan bagi pengesanan awal.

Kit ujian ini sesuai digunakan dan mengesan secara pantas kehadiran virus COVID-19 pada mana-mana individu tanpa perlu mengambil sampel pada hidung dan tekak, serta menunjukkan hasil dalam masa 30 minit tanpa perlu menghantar sampel ke makmal.

Ini menjadikan kit berkenaan amat sesuai bagi bagi saringan kes yang disyaki dan kumpulan berisiko tinggi, terutama dalam kalangan pelancong atau mereka yang baru pulang dari negara berisiko.

Dalam pada itu, bagi kemudahan organisasi yang ingin menyediakan ujian COVID-19 kepada kakitangan mereka, MYEG kini bekerjasama dengan syarikat kesihatan untuk menawarkan ujian dikendalikan oleh kakitangan profesional di premis masing-masing.

Pengenalan kit ujian ini adalah inovasi terkini dilancarkan oleh MYEG bertujuan menyediakan kemudahan penyelesaian yang diperlukan kerajaan bagi mengatasi penularan novel coronavirus (COVID-19), yang mana baru-baru ini telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Situasi Terkini COVID-19 di Malaysia sehinga 16 Mac 2020

Bulan lalu, MYEG mengumumkan yang syarikat berkenaan menawarkan kepada kerajaan Malaysia dan Filipina sistem pemprofilan risiko kesihatan dalam talian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI), yang menganalisis maklumat geolokasi sejarah dan penjejakan anomali bagi pelawat China.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share28Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kanser Payudara
Kesihatan

Bukan Main-Main, Saringan Awal Kanser Payudara Adalah Kunci Rawatan

by Nurul A.
October 22, 2026

Bagi kebanyakan wanita di Malaysia, tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak begitu ketara sehingga mengganggu rutin harian. Ada yang memilih...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Air Asam Jawa, Migrain, Berat Badan
Kesihatan

Air Asam Keping Bukan Hilangkan Migrain Je, Tapi Berat Badan Sekali!

by Nurul A.
October 25, 2026

Pernah tak kamu rasa sakit kepala yang melampau, sampaikan jadi migrain? Tak boleh buat main kalau sakit kepala menyerang, memang...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara