Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Dikir Barat Rentas Generasi, Lebih 10 Tokoh & Penggiat Seni Bergabung 7 November Ini!

by Nurul A.
October 29, 2026
Share on Facebook

Daripada alunan suara tukang karut dan tok juara, disusuli tepukan berirama yang menjadi identiti seni masyarakat Pantai Timur, Dikir Barat telah melalui perjalanan panjang sehingga berkembang menjadi antara khazanah seni persembahan yang cukup istimewa dalam landskap kebudayaan Malaysia.

Kini, seni tradisional yang sarat dengan keindahan bahasa, kreativiti dan falsafah masyarakat itu bakal diraikan menerusi Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026, yang dijadualkan berlangsung pada 7 November 2026 di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Lebih 10 Tokoh Dikir Barat Berkongsi Satu Pentas

Antara tarikan utama penganjuran ialah penghimpunan lebih 10 tokoh dan penggiat seni Dikir Barat yang bakal berkongsi pentas dalam sebuah persembahan khas. Penganjuran ini turut dijayakan bersama Nasi Kerabu Moknab selaku rakan kolaborasi dalam usaha mengangkat dan menyemarakkan seni warisan Dikir Barat.

Dikir Barat

Antara nama yang terlibat ialah Sabri Yunus, Halim Yazid, Jali Bunga Tanjong, Setapo Merak Emas, Eda Ezrin, Den Manjo, Fadil Turbo, Jemi Intan Berlian, Amran DBA, Ropie Hitam Manis dan Asrulfaizal Kamaruzaman, selain beberapa lagi penggiat seni yang akan diumumkan secara berperingkat.

Sabri Yunus Kupas Keindahan Seni Berpantun

Selain persembahan pentas, program ini turut memberi perhatian kepada aspek keilmuan dan penghayatan seni menerusi sesi khas “Seni Berpantun dalam Dikir Barat” bersama Sabri Yunus.

Sesi tersebut akan membawa peserta dan khalayak mendalami keunikan seni berpantun yang menjadi antara elemen penting dalam persembahan Dikir Barat. Antara aspek yang akan diketengahkan termasuk spontan dalam penyampaian, pemikiran kreatif, kekayaan kosakata, teknik rima, permainan kata serta kemahiran penceritaan yang menjadikan Dikir Barat sebuah seni komunikasi yang unik.

Generasi Muda Penyambung Warisan

Pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diberi peluang untuk mendekati seni Dikir Barat secara lebih menyeluruh, bukan sekadar sebagai penonton tetapi juga sebagai peserta yang dapat mengenali dan mempelajari asas kesenian tersebut. Menerusi Dikir Barat Youth Camp, peserta akan mengikuti bengkel yang memberi tumpuan kepada penghasilan lirik, muzik dan teknik persembahan dengan bimbingan tokoh serta penggiat Dikir Barat.

Forum Warisan Bincang Masa Depan Seni Tradisional

Dalam usaha memastikan Dikir Barat terus berkembang seiring perubahan zaman, sebuah Forum Warisan turut dirancang sebagai platform perbincangan yang mempertemukan tokoh seni, penggiat budaya, pendidik dan generasi semasa. Forum ini akan membincangkan pelbagai persoalan berkaitan masa depan seni tradisional, termasuk cabaran untuk mengekalkan relevansinya dalam masyarakat moden tanpa menghilangkan akar budaya dan identiti asal.

Maklumat Acara

  • Acara: Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026
  • Tarikh: 7 November 2026
  • Lokasi: Muzium Negara, Kuala Lumpur
  • Penganjur: Kota Pesta by Makar Fest
  • Kerjasama: Muzium Negara
  • Disokong Oleh: Yayasan Hasanah melalui geran ArtsFAS (Arts For All Seasons)

Dengan semangat meraikan kepelbagaian serta memelihara keaslian budaya, Persembahan Dikir Barat Malaysia 2026 diharap menjadi antara platform penting dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap nilai dan masa depan seni warisan negara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dikir baratmuzium negaraPersembahan Dikir Barat Malaysia 2026sabri yunus
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Baskin-Robbins
LifeXplore

Baskin-Robbins Bawa Kamu Terbang Ke Jepun Dengan 3 Perisa Baharu

by Nurul A.
October 7, 2026

Baskin-Robbins Malaysia membawa rakyat Malaysia menikmati pengalaman rasa ala Jepun menerusi pelancaran Siri Musim Panas Jepun (Japan Summer Series). Menampilkan...

Read moreDetails
Foto - ARLINA AYOU
LifeXplore

Puteri Diraja Perlis Serikan Pembukaan Butik ARLINA AYOU Di The Curve

by Nurul A.
September 2, 2026

Rumah fesyen Malaysia, ARLINA AYOU menandakan pelancaran butiknya di The Curve, dimuliakan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena...

Read moreDetails
LifeXplore

Pernah Kurang Yakin Berbahasa Inggeris, Pak Nil Kini Kongsi Rahsia Komunikasi Menerusi SHOW ADA KELAS

by Phic ARMAN
October 22, 2026

Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara,...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Emirates Perkenal Pengalaman Kabin Khas Untuk Penumpang Buta Dan Rabun

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Pernah terfikir bagaimana penumpang buta atau yang mempunyai masalah penglihatan mengenali suasana dalam pesawat? Emirates tampil dengan satu pengalaman menarik...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
LifeXplore

LuxuriAsia Bawa Gelombang Baharu Fesyen India Ke KL September Ini

by Phic ARMAN
September 7, 2026

Pernah tak bila pakai sesuatu yang cantik, tiba-tiba kawan terus tanya, “Eh, beli dekat mana?” Situasi itulah yang menjadi antara...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Bukan Main-Main, Saringan Awal Kanser Payudara Adalah Kunci Rawatan

by Nurul A.
October 22, 2026

Bagi kebanyakan wanita di Malaysia, tanda-tanda awal kanser payudara mungkin tidak begitu ketara sehingga mengganggu rutin harian. Ada yang memilih...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara