Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Emelda Rose & Amyza Aznan Berdepan Saman Fitnah RM4 Juta! Zarina Kemurungan?

by Phic ARMAN
April 24, 2020
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Zarina Anjoulie Lavocah telah memfailkan saman terhadap Emelda Rose dan Amyza Aznan kerana mencemarkan nama baik dan reputasinya melalui penerbitan “postings”, komen dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan cuai di Telegram dan Instagram, pada hari ini.

Pada 15 April 2020, Zarina Anjoulie Lavocah telah menghantar dua surat tuntutan berasingan kepada Emelda Rose dan Amyza Aznan melalui peguamnya, di mana dia meminta kedua-dua individu tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan penyelesaian sebanyak RM4 juta kerana memfitnah beliau melalui “postings” dan komen mengenai dirinya di Telegram dan Instagram.

Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli, Rakan Kongsi Utama NHA Advocates and Solicitors yang mewakili Zarina Anjoulie Lavocah, mengatakan bahawa surat tuntutan tersebut tidak dijawab walaupun mereka berdua diarahkan menjawab dalam masa tujuh hari.

“Firma guaman kami mengemukakan saman fitnah tersebut hari ini setelah Emelda Rose dan Amyza Aznan gagal menjawab surat tuntutan anak guam dalam masa tujuh hari dan terus menyerang, mencemar dan memfitnah anak guam kami, Zarina Anjoulie Lavocah, melalui kempen pembunuhan karakter ke atas beliau,” kata Nurul Hafidzah Hassan.

“Anak guam kami, Zarina Anjoulie Lavocah merasa terkejut, marah, terhina, malu, dan menderita tekanan emosi dan kemurungan kerana “postings”, komen dan pernyataan palsu yang dibuat dengan niat jahat terhadapnya.

Catatan dan penyataan tersebut telah merosakkan reputasinya sebagai tokoh terkenal, di dalam dan luar negara. Emelda Rose dan Amyza Aznan tidak menghiraukan kebenaran; baik dari segi kekurangan pemeriksaan fakta dan / atau menyiarkan cerita palsu walaupun mengetahui fakta yang sebenar,” tambah Nurul Hafidzah Hassan yang mengetuai kes itu bersama Zeti Zulkifli.

Melalui saman yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Kuala Lumpur itu, Zarina menuntut ganti rugi dan ganti rugi am, pembetulan penyataan yang salah, penghapusan catatan fitnah dan mendesak supaya Emelda Rose dan Amyzan Aznan tidak menyiarkan dan menerbitkan penyataan fitnah dan/atau catatan pada masa hadapan.

Emelda Rose dan Amyza Aznan telah dengan sengaja memberikan tekanan emosi, dan secara tidak sengaja memberikan tekanan emosi kepada Zarina Anjoulie Lavocah. Usahawan itu juga menuntut kedua-dua individu tersebut untuk membuat permohonan maaf dalam saman tersebut.

Menurut Saiful Ridzuan, pegawai perhubungan awam dan jurucakap kepada Zarina, Zarina mengambil keputusan untuk menyaman bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasi beliau.

“Postings”, komen and kenyataan mengenai dirinya sama sekali tidak benar. Fitnah di internet yang dibuat oleh kedua-dua individu tersebut mengenai Zarina telah menjatuhkan imej dan reputasinya dan kerosakan ini tidak dapat diperbaiki.

Tambahnya lagi, tingkah laku Emelda Rose dan Amyza Aznan yang melulu dan berniat jahat, melalui jangkauan internet di seluruh dunia, kini telah menjejaskan nama baik dan reputasi Zarina pada skala antarabangsa.

amyza adnanemelda roseemlda roseSaman Zarina Emelda Amyzavideo zarina anjoulie
https://lomp.at/mdktd
Share41Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Pelakon kacak Nazim Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang nyata mengundang...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Teruja Dapat Selongkar Rumah Azrinaz Mazhar Hakim-“Bilalah Saya Nak Duduk Rumah Cantik Macam Ni..”

by Naddy Joe
April 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila melihat dekorasi kediaman bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim...

Read moreDetails
Foto - ASTRO Malaysia
Lokal

Majlis Pertunangan Bella Astillah & Syed Saddiq Tarik Perhatian Seluruh Negara!

by Nurul A.
April 3, 2026

Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq pada 28 Mac 2026 telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia. Sekaligus muncul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara