Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Emirates Catat Keuntungan Menjunam 66%, Apa Sebenarnya Berlaku Di Sebalik Krisis Ini?

by Phic ARMAN
November 6, 2026
Share on Facebook

Nama Emirates sememangnya sinonim dengan penerbangan premium dan perkhidmatan bertaraf dunia. Namun, syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu kini berdepan cabaran kewangan apabila keuntungan kumpulannya merosot sebanyak 66 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 2026-27.

Berdasarkan keputusan kewangan yang diumumkan pada 5 November 2026, Emirates Group merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak AED4.1 bilion (AS$1.1 bilion), berbanding tempoh sama tahun lalu. Hasil pendapatan turut menyusut 12 peratus kepada AED66.2 bilion (AS$18 bilion).

Emirates Terjejas Akibat Harga Minyak Dan Konflik Serantau

Antara penyumbang utama kepada kemerosotan ini ialah peningkatan harga bahan api penerbangan serta ketidaktentuan konflik di rantau Teluk.

Bagi Emirates Airline sendiri, keuntungan sebelum cukai jatuh 68 peratus kepada AED3.7 bilion (AS$1 bilion), manakala pendapatan merosot 13 peratus kepada AED56.9 bilion (AS$15.5 bilion).

Walaupun operasi kargo menunjukkan prestasi memberangsangkan, kos bahan api yang semakin tinggi tetap memberi tekanan kepada keuntungan. Malah, kos bahan api Emirates sebelum mengambil kira keuntungan strategi lindung nilai meningkat sebanyak 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut laporan Reuters pada 5 November, Emirates turut menyaksikan jumlah penumpang merosot 22 peratus kepada 21.8 juta orang sepanjang tempoh tersebut.

dnata Turut Berdepan Cabaran

Bukan Emirates sahaja yang menerima tempias. Anak syarikat kumpulan itu, dnata, merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak AED410 juta (AS$112 juta), turun 51 peratus.

Topik Berkaitan Ramai Tak Tahu, Emirates Ada Cara Bantu Anak Autisme ‘Practice’ Sebelum Terbang

Pendapatannya pula menyusut tujuh peratus kepada AED11 bilion (AS$3 bilion), sebahagiannya disebabkan pengurangan jumlah operasi di beberapa perniagaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.

Emirates Masih Optimis Untuk Bangkit

Emirates
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Group, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum

Bagaimanapun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Group, Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum, menyifatkan prestasi ini sebagai bukti daya tahan kumpulan dalam menghadapi cabaran luar biasa.

Beliau turut menghargai usaha kerajaan UAE dalam memastikan operasi pengangkutan udara kembali pulih dengan selamat dan lancar.

Kumpulan itu juga akan meneruskan pelaburan dalam pesawat, produk dan keupayaan masa depan bagi memastikan perniagaan kekal kompetitif.

Nampaknya, walaupun nama besar dalam industri penerbangan bukan jaminan bebas daripada tekanan ekonomi, Emirates masih mempunyai strategi untuk terus terbang tinggi. Persoalannya, mampukah syarikat ini kembali mencatat keuntungan seperti tahun sebelumnya?

Emirates Sudah 30 Tahun Terbang Ke Malaysia

Menariknya, Emirates bukanlah nama asing dalam industri penerbangan Malaysia. Syarikat itu sudah berkhidmat di negara ini sejak 1996, menghubungkan penumpang dari Kuala Lumpur ke Dubai dan pelbagai destinasi antarabangsa lain.

Ketika ini, Emirates mengendalikan 21 penerbangan seminggu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan Dubai.

Bukan itu sahaja, kerjasama perkongsian kod penerbangan (codeshare) bersama Batik Air turut memudahkan penumpang meneruskan perjalanan ke lima destinasi domestik iaitu Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Mereka juga boleh mengakses tiga destinasi serantau di Asia Tenggara melalui Kuala Lumpur.

Topik Berkaitan Lenguh Leher Dalam Flight? Emirates Perkenalkan U-Dream Headrest

Satu lagi fakta menarik, KLIA merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia yang mempunyai keupayaan mengendalikan pesawat Airbus A380. Emirates kemudian memperkenalkan perkhidmatan ikonik pesawat dua tingkat itu ke Kuala Lumpur pada 2012.

Jelas, hubungan Emirates dengan Malaysia bukan sekadar membawa penumpang ke Dubai, tetapi turut membuka lebih banyak pilihan perjalanan kepada rakyat tempatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
emiratesEmirates GroupSheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

MHLife 2026 Kembali Dengan Rasa, Gaya Dan Warisan Malaysia

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Pernah dengar pasal festival gaya hidup mesra Muslim? Mesti terus bayangkan gerai makanan dan tudung sahaja. Malaysia Halal Lifestyle Festival...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
LifeXplore

Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari...

Read moreDetails
Debonairs Pizza
LifeXplore

Steers Drive-Thru Pertama Di Malaysia & Debonairs Pizza Kini Di PETRONAS Mutiara Damansara!

by Nurul A.
October 29, 2026

Mesra Retail & Café Sdn Bhd (MESRA) mengumumkan pembukaan cawangan pandu lalu Steers pertama di Malaysia dan sebuah restoran Debonairs...

Read moreDetails
Suria KLCC
LifeXplore

Warna-Warni Deepavali, Suria KLCC Group Meriahkan 3 Pusat Beli-Belah

by Nurul A.
October 30, 2026

Kumpulan Suria KLCC menjemput orang ramai meraikan Pesta Cahaya dalam suasana penuh gemilang sempena Deepavali ini. Nantikan kemeriahan sambutan di...

Read moreDetails
LifeXplore

Hotel Pertama ASAI Di Malaysia Kini Dibuka, Tak Jauh Pun Dari KLIA

by Phic ARMAN
October 11, 2026

Kalau anda sedang mencari lokasi untuk healing tanpa perlu memandu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, mungkin ini boleh masuk dalam...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Hari Kesihatan Mental Sedunia
LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi...

Read moreDetails
Village Grocer
LifeXplore

Village Grocer Kini Hadir Di Merdeka 118!

by Nurul A.
November 2, 2026

Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka Malaysia, secara rasminya telah membuka cawangannya di 118 Mall, yang terletak di dasar...

Read moreDetails
LifeXplore

Samsung Galaxy A08 RM2.50 Sehari, Tapi Berbaloi Ke Beli?

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Telefon pintar sekarang bukan sekadar alat untuk membuat panggilan. Kita menggunakannya untuk membalas WhatsApp, menonton TikTok, menyunting video dan menguruskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara