Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Eskayvie Komited Sebar Kepentingan Nutrisi, Tumbesaran dan Perkembangan Optimum Minda Anak-Anak

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda - Inspirasi Generasi Masa Hadapan,” yang memberi fokus kepada kesedaran tentang isu malnutrisi kanak-kanak di Malaysia.

by Phic ARMAN
January 27, 2025
Share on Facebook

Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, baru-baru ini mengadakan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 di Hotel Intercontinental. Majlis ini bertujuan meraikan pencapaian cemerlang sepanjang tahun 2024 dan menghargai dedikasi intrapreneur serta usahawan Eskayvie Nexus yang menjadi tonggak utama kejayaan syarikat.

Bertemakan “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,” acara ini menandakan komitmen Eskayvie untuk terus berinovasi dan relevan sebagai jenama global dalam memacu ekonomi serta kesihatan masyarakat.

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda – Inspirasi Generasi Masa Hadapan,” yang memberi fokus kepada kesedaran tentang isu malnutrisi kanak-kanak di Malaysia.

Barisan Usahawan Eskayvie Nexus yang menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit diraikan dalam majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2025.

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, statistik menunjukkan kadar tinggi masalah seperti anemia, bantut, dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan fizikal mereka.

Untuk menangani isu ini, Eskayvie memperkenalkan suplemen minda seperti Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, yang dirumus khas dengan kandungan seperti Phosphatidylserine dan Ashwagandha KSM-66 bagi menyokong fungsi memori, pembelajaran, dan keperluan nutrisi harian kanak-kanak.

Kartika Wati menyampaikan ucaptama betapa pentingnya kesedaran ibu bapa dan komuniti mengenai nutrisi lengkap untuk anak-anak supaya dapat berkembang secara optimum.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, turut berkongsi bahawa syarikat komited menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan teknologi terkini. Beliau menegaskan bahawa kempen ini adalah usaha penting untuk memastikan generasi muda Malaysia mendapat nutrisi mencukupi agar membesar menjadi individu cerdas dan produktif.

Tahun lalu, Eskayvie turut mencatat pencapaian luar biasa dengan diiktiraf SIRIM sebagai organisasi yang komited terhadap amalan lestari serta melalui Yayasan Eskayvie, telah menyumbang jutaan ringgit kepada golongan memerlukan seperti anak yatim, ibu tunggal, dan mangsa bencana.

Acara ini dirasmikan oleh Dr. Syid Ayob, manakala Kartika melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie. Dengan semangat untuk memperkasakan kesihatan masyarakat secara holistik, Eskayvie kini berada dalam kedudukan strategik untuk meluaskan rangkaiannya ke seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.

Melalui kesedaran, inovasi, dan kerjasama, Eskayvie yakin dapat membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Maklumat lanjut mengenai kempen dan produk boleh didapati di www.eskayvie.com atau www.boosterminda.com.

EskayvieKartika Wati Mohamed
https://lomp.at/pldzv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

“SPM Dulu Saya Dapat 1A Sahaja”- Ben Ali Kenang Zaman Habis Sekolah

by Phic ARMAN
April 1, 2026

Kalau anda rasa perjalanan hidup seseorang mesti sempurna dari awal, tunggu dulu. Kisah Ben Ali atau nama sebenarnya Nur Ali...

Read moreDetails
Bisnes

Tropicana Twister Bina Rumah & Buka Harapan Baru Untuk Generasi Akan Datang

by Naddy Joe
April 21, 2026

Kempen Gandakan Kebaikan oleh Tropicana Twister kini meraih satu pencapaian penting dengan siapnya pembinaan serta penyerahan rumah kepada keluarga yang...

Read moreDetails
Foto - Hock Kee Kopitiam
Bisnes

Hock Kee Kopitiam & D.MasKing Bawa Musang King Premium Ke Meja Kopitiam

by Nurul A.
April 22, 2026

Dua jenama kebanggaan Malaysia, Hock Kee Kopitiam dan D.MasKing oleh DSR Taiko Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama ini...

Read moreDetails
Bisnes

OSIM Lancar uDream.AI, Satu-Satunya Kerusi Well-Being Di Dunia

by Naddy Joe
April 20, 2026

Dalam kehidupan yang semakin sibuk hari ini, ramai antara kita berdepan dengan tekanan, keletihan dan kurang rehat yang berkualiti. Menyedari...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara