Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

FTISLAND Kembali ke KL 2026, “Battle” Tiket Bermula 5 Jun

by Phic ARMAN
May 29, 2026
Share on Facebook

Band rock ikonik Korea Selatan, FTISLAND bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi 2026 FTISLAND TOUR 0 – XIX – III ‘FaTe’ yang akan berlangsung pada 25 Julai 2026 (Sabtu), jam 5 petang di Zepp Kuala Lumpur.

Kepulangan kali ini menandakan tahun ketiga berturut-turut FTISLAND membuat persembahan di Malaysia sejak 2024, sekali gus mengukuhkan Kuala Lumpur sebagai destinasi penting dalam rangkaian jelajah Asia Tenggara mereka. Kehadiran berterusan itu juga mencerminkan sokongan padu peminat setia, PRIMADONNAS Malaysia.

Menjelang hampir dua dekad sejak debut pada 2007, FTISLAND terus dikenali sebagai antara kumpulan K-Rock terkemuka dengan persembahan ‘live’ bertenaga serta identiti muzik rock-ballad yang tersendiri. Jelajah kali ini bertemakan ‘FaTe’, yang membawa maksud simbolik mengenai hubungan takdir antara kumpulan itu dan peminat mereka.

Konsert berkenaan turut menjanjikan pengalaman lebih dramatik dan sofistikated dengan elemen visual bercirikan diraja dan ‘celestial’, melambangkan evolusi FTISLAND sebagai ‘Kings of K-Rock’.

Menariknya, penganjur turut memaklumkan bahawa setiap kategori tiket bukan sahaja menawarkan akses konsert, malah turut memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman lebih dekat dengan artis menerusi pelbagai aktiviti eksklusif seperti sesi soundcheck, barangan edisi terhad serta peluang memenangi kenangan istimewa bersama ahli kumpulan.

Harga Tiket

Tiket akan mula dijual secara eksklusif di my.bookmyshow.com bermula 5 Jun 2026 dengan beberapa kategori termasuk VIP Package (RM798), Primadonna Berdiri (RM598), CAT 1 Berdiri (RM498), CAT 2 Duduk (RM598) dan CAT 3 Duduk (RM398). Semua tiket tertakluk kepada caj tempahan serta 8% SST.

Tiket jualan untuk 2026 FTISLAND TOUR 0 – XIX – III ‘FaTe’ di Kuala Lumpur akan bermula secara rasmi pada 5 Jun 2026 (Jumaat), jam 12 tengah hari.

Setiap pemegang tiket akan menerima set ‘photocard’ edisi khas Kuala Lumpur, manakala pakej VIP turut menawarkan pelbagai manfaat eksklusif termasuk sesi soundcheck, peluang foto kumpulan serta barangan bertandatangan terhad.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
FTISLANDPRIMADONNAS Malaysia
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

‘Garmin Celebrates Local’, Garmin & Izzati Suza Bergabung Tenaga Angkat Semangat Malaysia

by Nurul A.
August 28, 2026

Bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia ]melancarkan 'Garmin Celebrates Local', satu kempen yang mengetengahkan insan, kreativiti dan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bo Lingam Umum Codeshare Pertama AirAsia, Istanbul Jadi Jambatan Asia-Eropah

by Phic ARMAN
September 2, 2026

Kalau dulu nama AirAsia cukup sinonim dengan penerbangan murah dalam Asia, sekarang nampaknya syarikat penerbangan itu sedang memasang impian yang...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak ‘Reset’ Sebelum Race Day? lululemon Listening Lounge Kini Dibuka Di KL

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila race week semakin dekat, bukan kasut larian sahaja yang perlu bersedia. Kepala pun kena tenang. Bagi runners yang sedang...

Read moreDetails
LifeXplore

Siapa Sangka Kamera Filem Ini Dah 40 Tahun? FUJIFILM x atmos Buat Comeback Dengan Vibe Baharu

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Kalau fotografi merakam cerita, streetwear pula menjadi cara seseorang mengekspresikan identiti. Dua dunia ini bertemu menerusi kolaborasi FUJIFILM dan atmos...

Read moreDetails
pavilion bukit jalil
LifeXplore

Pavilion Bukit Jalil Rai Mid-Autumn Bersama “Moonlight Glow”

by Nurul A.
September 16, 2026

Pavilion Bukit Jalil menyambut musim perayaan ini dengan “Moonlight Glow– Together, Here”, sambutan Mid-Autumn yang berlangsung dari 10 hingga 27...

Read moreDetails
Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
Element by Marriott KL
LifeXplore

Element by Marriott KL Rai Hari Merdeka Dengan Percutian Keluarga Yang Menarik!

by Nurul A.
August 29, 2026

Pada musim Kemerdekaan ini, Element by Marriott Kuala Lumpur (KL) mengajak keluarga untuk berehat, berhubung semula dan meraikan semangat kebersamaan...

Read moreDetails
LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.” Begitulah luahan seorang pengguna Threads...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia

by Phic ARMAN
August 29, 2026

Kalau anda tengah cari lokasi untuk sambut Merdeka dengan suasana yang sedikit berbeza, Ombak KLCC mungkin boleh masuk dalam senarai....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara