The Laughing Cow Cheez Dippers Solo hadir sebagai pilihan yang sesuai untuk saat seperti ini. Gabungan celupan keju yang lembut dan berkrim bersama jejari biskut rangup yang digemari rakyat Malaysia kini hadir dalam pek individu, sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua. Cheez Dippers Solo kini boleh didapati di 7-Eleven, menjadikannya lebih mudah untuk dijadikan snek ringkas dan memuaskan sepanjang hari.
The Laughing Cow Cheez Dippers Solo
Cheez Dippers Solo membawakan pengalaman menikmati Cheez Dippers kegemaran ramai daripada The Laughing Cow dalam pek individu yang bersaiz kecil. Tiada keperluan membahagikan saiz hidangan, tidak bersepah, dan tiada lebihan berbaki. Dihasilkan daripada keju sebenar, perisa semula jadi serta bijirin sebenar, sekali gus menjadi sumber kalsium. Disahkan Halal dan cukup mengenyangkan untuk dijadikan snek harian.
Produk The Laughing Cow dihasilkan daripada bahan tenusu berkualiti tinggi di kilang-kilangnya di seluruh dunia, menawarkan pilihan snek yang lazat dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan pengguna. Cheez Dippers Solo kini hadir dalam pek individu yang praktikal dan mudah dibawa ke mana-mana, cukup ringan untuk dimasukkan ke dalam beg, cukup kemas untuk dinikmati di meja kerja, dan mudah untuk dicapai ketika bergegas keluar rumah.
Sama ada sebagai suntikan tenaga pada waktu pagi, snek waktu petang, atau sekadar ingin mengunyah sesuatu tanpa sebab tertentu, Cheez Dippers Solo sentiasa bersedia melengkapi rutin dan aktiviti harian anda. Pek individunya yang kemas dan tidak bersepah menjadikannya pilihan serba boleh, bukan sahaja untuk dinikmati sendiri, malah turut sesuai dihidangkan di majlis, dimasukkan ke dalam beg cenderahati, mahupun dibawa bersama ketika berkelah.
The Laughing Cow Cheez Dippers Solo (Plain, 30g) kini boleh didapati di 7-Eleven pada harga RM3.90 setiap pek. Cheez Dippers Solo turut dijual di kedai serbaneka utama terpilih di seluruh negara, termasuk MyNEWS dan CU Mart. Dan buat peminat Cheez Dippers, siapa tahu? Mungkin lebih banyak perisa kegemaran anda bakal hadir dalam format Solo tidak lama lagi.











