Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Nak Bergaya Macam Hamilton? Ini Koleksi Eksklusif PUMA x Ferrari Yang Baru Dilancarkan

by Phic ARMAN
November 18, 2026
Share on Facebook

Bagi peminat Formula 1 (F1), menyokong pasukan kegemaran bukan sekadar menonton perlumbaan. Ada juga yang suka mengumpul barangan rasmi pasukan, termasuk baju, topi dan kasut yang mempunyai identiti pelumba kesayangan mereka.

Terbaharu, PUMA bekerjasama dengan Scuderia Ferrari HP untuk memperkenalkan koleksi khas bertemakan Las Vegas. Menariknya, koleksi ini turut dipakai oleh dua pelumba Ferrari, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc ketika berada di litar.

Hamilton

Diinspirasikan Daripada Suasana Malam Las Vegas

Rekaan koleksi ini mengambil inspirasi daripada suasana Las Vegas pada waktu malam. Cahaya bandar yang terang digabungkan dengan pemandangan gurun dan langit penuh bintang.

Gabungan ini memberikan sentuhan berbeza kepada koleksi Ferrari kali ini, terutama bagi mereka yang sukakan rekaan lebih menarik dan moden.

Jaket Hitam Dengan Corak Galaksi

Antara item utama ialah SF Replica Special Las Vegas Jacket. Jaket berwarna hitam ini dihiasi corak galaksi berwarna kuning yang menjadikannya kelihatan lebih menyerlah.

Rekaan tersebut diinspirasikan daripada suasana perlumbaan F1 pada waktu malam.

Hamilton

Ada T-Shirt Dan Topi Rasmi Ferrari

Selain jaket, koleksi ini turut menawarkan Las Vegas Tee dan Cap. Kedua-duanya menggunakan gabungan warna yang sama seperti pakaian yang dipakai Hamilton dan Leclerc ketika minggu perlumbaan di Las Vegas.

Pilihan ini sesuai untuk peminat yang mahu menunjukkan sokongan kepada Ferrari dengan gaya lebih santai.

Hamilton

Kasut PUMA Speedcat Pro Turut Diperkenalkan

Koleksi ini turut dilengkapi kasut PUMA Speedcat Pro yang membawa identiti sukan permotoran. Kasut ini melengkapkan pilihan pakaian untuk peminat yang mahu tampil dengan gaya ala pelumba F1.

Hamilton

Harga Bermula RM499

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, harga bermula RM499. PUMA for Scuderia Ferrari HP Replica Collection kini boleh dibeli menerusi laman rasmi PUMA Malaysia dan beberapa cawangan PUMA terpilih.

Bagi peminat Ferrari atau Tifosi, koleksi ini bukan sekadar pakaian biasa, tetapi peluang untuk membawa semangat pasukan kegemaran ke dalam gaya harian.

Jadi, kalau anda peminat Hamilton, Leclerc atau Ferrari, item mana yang paling menarik perhatian?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Formula 1 (F1)
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Seika
LifeXplore

Rambut Makin Gugur? Seika ‘Game Changer’ Untuk Wanita 20-an & 30-an

by Nurul A.
October 4, 2026

Sama seperti penjagaan kulit, cara kita melihat penjagaan rambut juga semakin berubah. Fokusnya bukan lagi sekadar merawat masalah apabila ia...

Read moreDetails
LifeXplore

Rakyat Sarawak Boleh Shopping IKEA Dengan Harga Sama, Ini Lokasi Gedung Baharu!

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Berita baik buat rakyat Sarawak! IKEA Malaysia bakal membuka gedung fizikal pertamanya di Sarawak pada 27 November 2026, bertempat di...

Read moreDetails
The Weeknd
LifeXplore

Nak Elak Barang Dirampas Di Pintu Masuk? Jom Semak Checklist Konsert The Weeknd!

by Nurul A.
October 29, 2026

MURAI yakin ramai peminat The Weeknd tidak sabar menantikan tarikh 4 dan 5 November ini. Mana taknya, inilah satu-satunya peluang...

Read moreDetails
LifeXplore

KAB Gold Perluas Perniagaan Di Kuala Lumpur, Tekankan Patuh Syariah Dan Kebajikan Masyarakat

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Emas bukan sahaja menjadi pilihan sebagai perhiasan, malah turut dianggap sebagai salah satu bentuk simpanan bernilai. Namun, di sebalik urusan...

Read moreDetails
LifeXplore

FamilyMart Makin Meriah! 10 Tahun Di Malaysia, Kini Tampil Dengan Pengalaman Baharu

by Phic ARMAN
November 7, 2026

Kalau anda antara pelanggan yang selalu singgah FamilyMart untuk membeli makanan, kopi atau sekadar mencari snek kegemaran, sambutan ulang tahun...

Read moreDetails
CelcomDigi
LifeXplore

Kekal Berhubung Sepanjang Perjalanan Umrah Dengan Pas CelcomDigi

by Nurul A.
November 4, 2026

Rakyat Malaysia yang merancang untuk mengerjakan ibadah Umrah kini boleh menikmati pengalaman keterhubungan lancar dengan Pas Perantauan Umrah (Umrah Roaming...

Read moreDetails
LifeXplore

Westlife 25 Di KL: Satu Malam Tak Cukup Untuk Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Nampaknya satu malam memang belum cukup untuk peminat Malaysia bernostalgia dengan lagu-lagu Westlife. Selepas menerima sambutan hebat bagi persembahan pertama,...

Read moreDetails
Foto - @klinternationalairport (IG)
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Kamu, Si Traveller Perlu Datang Awal Ke Lapangan Terbang

by Nurul A.
October 6, 2026

Selalu tiba di lapangan terbang ngam-ngam sebelum penerbangan? Mungkin lepas ini boleh cuba datang lebih awal. Bukan sahaja tak perlu...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia Kekal Terbaik Dunia Untuk Kali Ke-17, Ada ‘Hadiah’ Menarik Menanti Rakyat Malaysia!

by Phic ARMAN
September 19, 2026

Kalau anda sudah lama menyimpan impian untuk bercuti, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula buka kalendar dan pilih destinasi...

Read moreDetails
HABIB
LifeXplore

Hanya 500 Unit, Lazada x HABIB Perkenal Jongkong Emas 1g Eksklusif

by Nurul A.
October 27, 2026

Buat pertama kalinya, Lazada Malaysia bekerjasama dengan HABIB dalam menghasilkan jongkong emas eksklusif seberat satu gram. Terhad kepada 500 unit,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara